Like us for get Notifications

mayat dikerat dua dan dibungkus

MAYAT LELAKI DALAM BUNGKUSAN / KM24.3 LEBUHRAYA PLUS / KULAIJAYA


Kulaijaya – Seorang lelaki bukan sahaja ditikam malah mayatnya dikerat dua sebelum dibungkus dalam dua beg plastik hitam berasingan dan dicampakkan ke dalam parit di Kilometer 24.3 Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini.
Menurut sumber, mayat yang dijumpai oleh petugas Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) jam 11.20 pagi tadi, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan ke dalam parit berkenaan.
”Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan mayat dipercayai berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu mempunyai kesan tikaman di bahagian belakang badan dan leher,” katanya.


Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Ruslan Khalid mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi menyelesaikan siasatan kes ini,” katanya, lapor Hmetro.
mayat dikerat dua dan dibungkus mayat dikerat dua dan dibungkus Reviewed by Mad Pikghie on 8:27 PM Rating: 5
Powered by Blogger.