Rayuan Murid 10 Tahun Kepada Israel Agar HentikanPerang
Sekiranya teknologi maklumat digunakan dengan betul kanak-kanak sekarang boleh menjadi amat hebat dari segi pemikiran.
Contohnya dalam kes pencerobohan tentera Zionis Israel terhadap penduduk Gaza Palestin, tidak semua orang dewasa sekali pun mempunyai akal setara pelajar yang baru berusia 10 tahun dari Sekolah Kebangsaan Setiawangsa bernama Aqeef.
Mungkin untuk tugasan sekolah Aqeef diminta untuk menulis sebab mengapa Israel harus menghentikan peperangan terhadap Palestin dan di sebalik kesalahan tatabahasa yang dilakukan, murid ini telah berjaya memberi lima sebab yang menyentuh hati kerana berbaur kemanusiaan.
Sebab yang diberikan Aqeef adalah anak-anak Israel pernah belajar di sekolah Palestin, Israel pernah dibantu dengan diberikan perlindungan di negara tersebut, Palestin terlalu miskin untuk membalas dengan senjata canggih dan sebab utama; Palestin tidak sanggup membiarkan salah satu masjid suci bagi umat Islam diceroboh.
Daripada jawapan Aqeef ini jelaslah walau baru darjah empat Aqeef amat faham apa yang berlaku di Palestin pada hari ini.
Tahniah buat Aqeef, guru dan ibu bapanya
Rayuan Murid 10 Tahun Kepada Israel Agar HentikanPerang
Reviewed by Tular Lagi
on
9:00 PM
Rating:
Jangan hairan klu ada kesempatan, anak kecil ini akn dibunuh oleh yahudi laknat dan dunia hanya akan memerhati..
ReplyDelete