Like us for get Notifications

Rupanya Pelawak Maidin Ibrahim Meninggal Dalam Solat ?

maidin ibrahim

Adakah anda pernah mendengar tentang rendition moden lagu Sudirman? Menonton.


Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang semalam ketika dalam solat akibat sakit jantung.

Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online.

“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor,” katanya.

Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Habirah Rahim, 59, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu.

Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun.

Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi masalah jantung.

Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasuklah filem antaranya Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior.

Allahyarham juga pernah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin (2001) anjuran TV3 untuk drama Pinang Durian.

Sementara itu Bernama melaporkan, Habirah memberitahu suaminya itu sudah lama menghidap penyakit jantung namun tidak menyangka arwah akan meninggalkannya dalam masa terdekat.

“Arwah berhajat mahu makan nasi kandar di sebuah restoran kegemarannya di Sungai Petani, dan kami baru sahaja pulang dari sana kira-kira 1.30 tengah hari,” katanya kepada pemberita
Rupanya Pelawak Maidin Ibrahim Meninggal Dalam Solat ? Rupanya Pelawak Maidin Ibrahim Meninggal Dalam Solat ? Reviewed by Mad Pikghie on 8:54 PM Rating: 5
Powered by Blogger.