(5Gambar Bukit Uhud) Haruman percikan darah Nabi dalam gua Bukit Uhud
Editor ntv7, Redzuan Manap berpeluang memanjat masuk sebuah gua dalam jajaran Bukit Uhud di sini semalam yang merupakan tempat Nabi Muhammad SAW dibawa oleh beberapa sahabat setelah tercedera dalam Perang Uhud.
“Gua berkenaan tidak luas dan saya terhidu bau wangi seperti mana dikatakan itu adalah haruman percikan darah Rasulullah di dinding gua tersebut," kata beliau sejurus keluar dari situ kepada petugas media Malaysia.
Untuk memanjat masuk ke gua tersebut memerlukan seseorang itu berkasut sukan dan berhati-hati kerana perlu terlebih dahulu mendaki dari kaki Bukit Uhud sejauh 100 meter yang penuh berkerikil dan berbatu besar.
Apabila tiba di depan gua yang separuhnya sudah disimen, kecekalan diperlukan lagi untuk memanjat bahagian luar gua setinggi tiga meter lagi.
Bukit Uhud merupakan kawa-san bersejarah yang dulunya mencatatkan sejarah hitam kekalahan pertama tentera Islam di tangan tentera kafir Quraisy.
Beberapa petugas media turut berdoa ketika melalui makam Saidina Hamzah berdekatan Bukit Uhud yang turut dikebumikan bersama 69 pejuang Islam yang mati syahid dalam Perang Uhud.
Saidina Hamzah dibunuh oleh orang suruhan Hindun Utbah bernama Wahsyi AlHabsyi bagi membalas dendam terhadap kematian bapanya dalam Perang Badar sebelum itu. Setelah dibunuh, Hindun mengeluarkan jantung Saidina Hamzah dan dimakan.
Makam Saidina Hamzah hanya diletakkan batu-batu bukit berwarna hitam dan di sekitar makam itu pula menempatkan para syuhada yang lain tanpa batu nisan.
Kawasan perkuburan itu yang terletak di sebelah masjid dikeli-lingi oleh pagar besi berlatarbelakangkan Bukit Uhud.
Bagi mereka yang menziarahi kawasan itu akan dapat melihat bukit kecil berhampiran makam tersebut iaitu kawasan di mana pasukan pemanah berkuda me-langgar arahan Nabi Muhammad SAW apabila turun dari kedudukan mereka untuk merebut harta rampasan perang sebelum tentera Quraisy menyerang balas.

Reviewed by Tular Lagi
on
11:24 AM
Rating:
Semoga kita semua mendapat keberkatan dari keluhuran hati para sahabat dalam memperjuangkan Islam..Amiin
ReplyDelete