Like us for get Notifications

Awal Ashaari minta 'sedekah' untuk dapatkan bayaran?



17 Sep – Walaupun program realiti televisyen siaran Astro iaitu "The Band" telah tamat pada awal Jun lalu, pengacara popular Awal Ashaari kesal apabila masih belum menerima bayaran daripada syarikat produksi yang menerbitkan rancangan tersebut.

Dipetik daripada laporan mStar, Awal berasa pelik kerana kesemua selebriti yang terlibat dengan program tersebut telah menerima bayaran masing-masing, sebaliknya dia yang mengacara masih belum menerima baki bayaran sebanyak 80 peratus.

"Program itu sudah pun selesai tiga bulan lalu dan sehingga kini saya masih belum menerima baki bayaran sebanyak 80 peratus. Bukannya sedikit.

"Yang peliknya apabila saya tanya artis-artis lain yang terlibat, mereka semua sudah menerima bayaran masing-masing.

"Kemudian bertanya pihak produksi pula, mereka kata, Astro belum membayar mereka lagi, sedangkan pihak Astro sudah menjelaskan wang mereka kesemuanya," ujar pengacara berusia 33 tahun ini.


Suami kepada aktres Scha Alyahya ini turut menjelaskan tiada sebarang masalah timbul di antara mereka ketika mengendalikan program itu.

"Rasanya saya sudah menjalankan tanggungjawab mengendalikan program ini dengan sebaik-baiknya dan antara saya dan produksi, kami tiada masalah.

"Takkan saya perlu meminta 'sedekah' untuk dapatkan duit sendiri? Lagipun apabila saya menandatangani sesebuah kontrak, saya sudah merancang untuk menggunakan wang tesebut untuk tujuan tertentu.

"Tetapi apabila ia tersangkut, perancangan saya untuk menjelaskan beberapa perkara peribadi juga tertangguh," jelasnya lagi.

Awal turut berharap agar masalah ini dapat diselesaikan secara baik dan diambil serius oleh produksi berkenaan memandangkan mereka sering memberi pelbagai alasan apabila ditanya soal bayaran.

"The Band" yang mula bersiaran pada penghujung Mac lalu adalah sebuah program mencari bakat berkumpulan lelaki dan wanita.


Antara selebriti yang terlibat dalam program tersebut sebagai tenaga pengajar adalah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman. Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat pula menjadi juri untuk program itu.
Awal Ashaari minta 'sedekah' untuk dapatkan bayaran? Awal Ashaari minta 'sedekah' untuk dapatkan bayaran? Reviewed by Tular Lagi on 12:34 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.