Like us for get Notifications

Eina Azman bergelar Datin Paduka pada usia 19 tahun !



Pelakon Ainur Syakina, 19 atau lebih dikenali sebagai Eina Azman & pasangannya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh telah selamat diijab kabulkan dengan berwalikan bapa pengantin perempuan sendiri, Azman Abdullah.

Pasangan yang mengenakan pakaian yang bertemakan bollywood ini telah selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz dan telah dinikahkan oleh Ustaz Zulkapili Abdul Mutalib, Imam Masjid KLCC.

Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 770 dan wang hantaran sebanyak RM77,000.

Buat pengetahuan semua, hantaran yang diterima oleh pihak perempuan juga adalah sebuah kereta yang berjenama Chevrolet Camaro. Sekalung tahniah buat pasangan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh dan Datin Paduka Ainur Syakina Azman. (rtky/hfz)
Eina Azman bergelar Datin Paduka pada usia 19 tahun ! Eina Azman bergelar Datin Paduka pada usia 19 tahun  ! Reviewed by Mad Pikghie on 4:47 PM Rating: 5
Powered by Blogger.