Like us for get Notifications

Polis China tahan anak Jackie Chan



BEIJING: Polis di sini dengan rasminya menahan anak lelaki bintang filem Hong Kong Jackie Chan yang disyaki membenarkan orang lain mengambil dadah.

Menurut pendakwa, tuduhan itu membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara.

Pejabat Pendakwa Daerah Dongcheng memberi kebenaran bagi penahanan pelakon Jaycee Chan berikutan permintaan daripada polis minggu lalu.

Jaycee Chan, 31, adalah selebriti berprofil tinggi yang ditahan oleh pihak berkuasa polis kerana tuduhan berkaitan dadah pada 14 Ogos lalu bersama bintang filem Taiwan Ko Kai.


Polis berkata kedua-dua pelakon diuji positif marijuana dan mengakui menggunakan dadah berkenaan manakala sejumlah 100 gram dirampas daripada rumah Chan.
Polis China tahan anak Jackie Chan Polis China tahan anak Jackie Chan Reviewed by Tular Lagi on 6:36 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.