Like us for get Notifications

Terlentang bogel

DIBUNUH: Polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke bilik mayat Hospital Sibu.


SIBU: Pasangan suami isteri berumur 20 tahun dan 30-an ditahan untuk membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang gelandangan lelaki yang berbogel dipercayai mangsa bunuh di sebuah rumah banglo terbiar di Jalan Teruntum di sini, pagi semalam.

Mayat mangsa yang berbadan besar ditemui terlentang di lantai ruang parkir rumah berkenaan, namun belum dikenal pasti identitinya.

Menurut Pegawai Penyiasat Kanan II, ASP Suhaimi Mohamad siasatan awal menemui beberapa kesan kecederaan di bahagian dagu, kening dan leher kiri mangsa.

“Rumah banglo terbiar itu dipercayai menjadi sarang dan tempat lepak beberapa kaki botol berdasarkan beberapa botol arak kosong yang terdapat di situ.

“Polis yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu pada jam 10.45 pagi mengerahkan pasukan yang tiba di lokasi kejadian pada jam 11 pagi,” katanya.

Menurut sumber, mereka sering melihat beberapa orang termasuk seorang wanita berbadan kecil dan seorang lelaki pergi ke rumah kosong berkenaan.

Katanya, beberapa orang juga dilihat berkumpul di rumah itu sekitar jam 3 petang Rabu lalu.

“Saya juga terdengar bunyi bising dari arah rumah itu sekitar jam 7 petang (Rabu) dan keadaan semakin kecoh selepas itu kerana mereka mungkin sedang minum arak sehingga mabuk,” katanya yang cuba memanggil polis selepas itu, na-mun tiada tindakan diambil.

Polis yang akhirnya bertin-dak semalam berusaha menje-jaki suspek-suspek mengikut gambaran yang diberikan oleh sumber terbabit.

Sehubungan itu, sekitar jam 2.30 petang semalam polis diketuai Inspektor Mohd Firdaus Safuan dan beberapa anggotanya berjaya menang-kap sepasang suami isteri di sekitar kawasan bandar dan kemudian membawa mereka ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut.

Polis juga sedang mencari dua lagi lelaki dipercayai turut terlibat dalam kes tersebut.

Punca pembunuhan masih belum dapat dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan.


sumber :  http://www.theborneopost.com
Terlentang bogel Terlentang bogel Reviewed by Mad Pikghie on 10:33 AM Rating: 5
Powered by Blogger.