Azwan Kombos Sudi Terima Nad Zainal Semula ?
You rasa which artis Malaysia yang paling penakut and jerit macam pontianak?
Umum sudah mengetahui bahawa hubungan percintaan Nad Zainal dan Hefny Sahad telah terputus di tengah jalan sejak dua bulan yang lalu. Malah, kedua-dua mereka telah mengakui perkara tersebut yang berpunca daripada salah faham.
Mengetahui bahawa hubungan pasangan kontroversi itu sudah berakhir, bekas kekasih Nad Zainal iaitu Azwan Kombos yang masih tidak dapat melupakan aktres tersebut sudi untuk menerima serta menjalinkan kembali hubungan percintaan mereka.
Azwan Kombos yang sebelum ini sedar bahawa Nad Zainal sudah menjadi kepunyaan orang lain, tidak menolak ketentuan takdir jika mereka masih mempunyai ruang untuk bersama ketika ini.
“Dia sudah ada orang lain ketika itu, jadi saya tidak mahu mengganggu hubungannya dengan orang baharu. Apa pun, saya doakan dia bahagia. Jika suatu hari nanti masih ada ruang untuk kami bersama, siapa tahu.”
pss: Hubungan percintaan selama 5 tahun yang terjalin diantara Azwan Kombos dan Nad Zainal. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilupakan. Walaubagaimanapun, jangan terlalu berharap kepada seseorang itu jika mereka pernah meninggalkan anda. wwartis
Azwan Kombos Sudi Terima Nad Zainal Semula ?
Reviewed by Tular Lagi
on
10:37 AM
Rating:
No comments: