Like us for get Notifications

Peranti mudah alih INI boleh mengesan kehadiran unsur babi dalam makanan


Peranti mudah alih ini dijual pada harga 6.90 euro (RM29) seunit



PARIS - PERANCIS. Dua usahawan Perancis melancarkan peranti mudah alih yang boleh mengesan kehadiran unsur babi dalam makanan.

Pemilik syarikat Capital Biotech, Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui menyatakan idea untuk menghasilkan alat itu tercetus ketika mereka masih menuntut di universiti kira-kira dua tahun lalu.

"Kit terbabit dilengkapi dengan tabung uji kecil yang akan menguji sampel makanan dengan menggunakan jalur uji. Keputusan dua jalur pada alat tersebut yang diperoleh selepas beberapa minit menunjukkan kehadiran babi dalam makanan berkenaan," kata Julien dipetik Al-Arabiya

Menurutnya, alat ciptaan mereka itu didakwa memberikan keputusan 99 peratus tepat dan ia jauh lebih murah daripada peranti sedia ada di pasaran.

Sementara itu, penduduk Islam di negara terbabit turut menyambut baik usaha Julien dan Chaoui untuk memastikan mereka mendapat makanan halal di negara tersebut. sh
Peranti mudah alih INI boleh mengesan kehadiran unsur babi dalam makanan Peranti mudah alih INI boleh mengesan kehadiran unsur babi dalam makanan Reviewed by Tular Lagi on 9:57 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.