Like us for get Notifications

Farhan AF4 & Rashadan Selamat Diijabkabul



Setelah lapan tahun menyulam cinta, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke 4, Farhan Azizan, 30, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Ahmad Rashadan Mohd Suhaimi, 30, dengan sekali lafaz pada jam 10.15 pagi tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Tuan Zainal Abidin Yusof dan diwalikan oleh bapa Farhan sendiri, Azizan Mohd Khir dengan mas kahwin sebanyak RM300. | gua.com.my



Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Al-Hasanah, Bangi, ini menyaksikan pasangan mempelai bertukar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Farhan telah menerima sebentuk cincin, set penjagaan muka, telekung, Al-Quran dan jam tangan Titus. Manakala Rashadan pula menerima jam tangan Titus, sirih junjung, buku agama, sejadah dan manisan.



Sedondon mengenakan busana berona putih, pasangan ini telah diraikan oleh 100 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Farhan AF4 & Rashadan Selamat Diijabkabul Farhan AF4 & Rashadan Selamat Diijabkabul Reviewed by Mad Pikghie on 6:21 PM Rating: 5
Powered by Blogger.