Like us for get Notifications

Hubungan kami sudah putus beberapa minggu lalu | Ezzaty





[18 SX GAMBAR] Lelaki ditetak di Division 15 Ladang Land Worthy, Jalan Jeroco Kinabatangan.
 

Pelakon 'Autumn di Hatiku', Ezzaty Abdullah memberitahu GUA yang dia kini telah pun kembali solo selepas jejaka yang merisiknya sebelum ini memutuskan perhubungan.
"Ya, saya sudah kembali solo. Hubungan kami sudah putus beberapa minggu lalu. Mungkin kami tiada jodoh," ujar Ezzaty memulakan perbualan ketika dihubungi GUA.

Terdahulu, pada 28 Februari 2014, Ezzaty dirisik oleh jejaka tersebut setelah dua minggu berkenalan di kediaman Ezzaty yang terletak di Bentong, Pahang. Mengulas mengenai sebab hubungan mereka putus, Ezzaty merasakan yang tidak wujud keserasian antara mereka berdua.

"Saya dan dia masih tidak mengenali dengan teliti. Kami belum lagi betul-betul mengenali hati budi sesama sendiri. Banyak faktor juga, antaranya tiada keserasian. Pada awalnya memang baik-baik sahaja, tetapi lama kelamaan dapat rasa yang keserasian itu tidak wujud. Jadi kami mengambil keputusan untuk putus.

"Ada banyak perkara yang tidak jujur berlaku dalam perhubungan ini. Saya rasa tidak perlu saya jelaskan dengan lebih lanjut. Lagi pun, saya sudah mendapat tahu yang dia sudah ada pengganti menerusi apa yang saya lihat dalam akaun Instagramnya. Saya sendiri pun tak tahu sama ada pengganti itu dia kenal semasa masih bersama saya atau selepas kami putus," ujar pelakon 'Cinta Agra' ini.

Ezzaty juga mendedahkan akaun Instagramnya dipadam oleh bekas kekasihnya kerana dia mengetahui kata laluan untuk akaunnya itu.




"Dia padamkan akaun Instagram saya. Tidak pasti apakah sebabnya dia melakukan perkara tersebut. Dia ada kata laluan saya. Itu menjadi pengajaran bagi saya kerana bertindak kurang bijak dan berkongsi kata laluan dengan dia. Kini saya wujudkan akaun yang baru menggunakan nama yang sama iaitu @ezzatyabdullah," ujar Ezzaty.

Ketika ditanya adakah dia menyesal mengenali dan menjalainkan hubungan cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr. S itu, Ezzaty memberitahu dia tidak menyesal sama sekali.

"Dia sudah pun ada pengganti. Kalau dia gembira dengan perkara tersebut, Alhamdulillah. Saya doakan dia bahagia. Saya juga tidak menyesal berkenalan dengan dia kerana mungkin perkara itu sudah tertulis. Ada hikmah di sebalik semua perkara yang terjadi," ujarnya lagi.

Mahu Raih Semula Kepercayaan Penerbit

Mengulas mengenai pengajaran yang dia peroleh menerusi hubungan cintanya yang tidak kesampaian, Ezzaty menjelaskan dia mahu fokus kepada kerjayanya yang hampir musnah.

"Kerjaya saya sebagai pelakon hampir musnah kerana sebelum ini dia kurang berkenan dengan apa yang saya lakukan. Saya mahu fokus dengan kerjaya saya. Dahulu ketika saya masih dengan dia, hampir lima tawaran besar saya tolak. Kini saya harus meraih kembali kepercayaan penerbit yang sudah menganggap saya tidak berminat untuk berlakon. Saya masih sayangkan karier saya dan mahu lebih fokus selepas ini," katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, telefilem lakonan Ezzaty bersama Nabila Huda dan Shukri Yahaya bakal bersiaran di Astro Prima sempena sambutan Aidiladha. Telefilem berjudul 'Sebuah Panggilan' itu merupakan arahan Rashid Sibir. Selain itu, Ezzaty menantikan filem lakonannya bersama Remy Ishak dan Bront Palarae, 'Antara Satu' yang bakal menjengah pawagam tahun hadapan. | GUA
Hubungan kami sudah putus beberapa minggu lalu | Ezzaty  Hubungan kami sudah putus beberapa minggu lalu | Ezzaty Reviewed by Tular Lagi on 4:59 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.