Like us for get Notifications

Penculik mahu pulangkan kepala suami saya




                                    


KUALA LUMPUR: Isteri kepada mangsa penculikan di Sabah mendakwa bahawa beliau tidak mendapat pertolongan dan bantuan daripada pihak kerajaan.

Chin Pek Nyuen yang ditemui media di Parlimen hari ini menjelaskan bahawa sejak 5 bulan lalu, tidak ada pihak yang membantu bagi mengembalikan suaminya terutamanya daripada pihak kerajaan.

“Sampai bila saya harus menunggu. Sebelum ini pihak penjenayah telah mengugut untuk membawa kepala suami saya pulang,” katanya sewaktu ditemui pemberita, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, Pek Nyuen turut menyatakan bahawa sehingga ke hari ini, pihak penjenayah kerap menghubunginya bagi mendesak supaya wang tuntutan sebanyak RM3 juta segera diserahkan.

“Mereka suruh saya cepat-cepat serahkan wang tebusan,” katanya lagi.

Sebelum ini, suami kepada Pek Nyuen, Chan Sai Chiun telah diculik di Kampung Air Sapang, Kunak, Sabah pada 16 Jun 2014 dan kini berada di Filipina.

Pek Nyuen yang hanya bekerja sebagai pengusaha ikan sangkar turut menyatakan bahawa dengan jumlah gaji sebanyak RM1,000 sebulan, tidak cukup untuk membayar wang tebusan sebanyak RM3 juta.

Pek Nyuen hadir ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kerajaan. Memorandum Pek Nyuen itu telah diterima oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Menurut Shahidan, pihak kerajaan kini sedang berusaha gigih untuk menyelamatkan mangsa penculikan di Sabah itu.

“Pihak kita sedang berusaha keras untuk menyelamatkan mangsa. Namun usaha-usaha penyelamatan itu tidak didedahkan,” katanya. fmt
Penculik mahu pulangkan kepala suami saya Penculik mahu pulangkan kepala suami saya Reviewed by Tular Lagi on 4:06 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.