Like us for get Notifications

VIDEO BULI | BUKAN PELAJAR MAKTAB MAHMUD PADANG TERAP INI BUKTINYA




KUALA NERANG: Maktab Mahmud Padang Terap di sini menafikan pelajarnya terlibat dalam kes buli di asrama sekolah itu yang rakaman videonya tersebar luas dalam laman sosial Facebook.
Semua ini berlaku hanya dalam 3 saat ... Mereka benar-benar tidak melihatnya datang!

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah itu, Mohd Zulqurnain Mohd Yusof berkata pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Nerang hari ini untuk membersihkan imej sekolah serta pelajarnya.

Katanya beliau menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang memaklumkan mengenai video tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi, yang mendakwa kejadian buli berlaku di asrama sekolah itu.

Sementara itu Ketua Ketua Polis Daerah Daerah Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar berkata hasil pemantauan anggotanya menunjukkan keadaan bilik asrama yang menempatkan 140 pelajar lelaki itu tidak sama dengan yang ditunjukkan dalam klip video itu.

Katanya terdapat banyak perbezaan antara bilik asrama tersebut dengan yang ada dalam video tersebut, warna cadar dan selimut, kedudukan katil, dan warna dinding.

"Kita boleh katakan kes buli seperti dalam video itu tidak berlaku di Maktab Mahmud Padang Terap," katanya.


VIDEO BULI | BUKAN PELAJAR MAKTAB MAHMUD PADANG TERAP INI BUKTINYA VIDEO BULI | BUKAN PELAJAR MAKTAB MAHMUD PADANG TERAP INI BUKTINYA Reviewed by Mad Pikghie on 11:30 AM Rating: 5
Powered by Blogger.