Like us for get Notifications

Isu Aurat | Bapa Emma Maembong Dibidas Netizen !



RASANYA semua peminat hiburan mengetahui prinsip yang diamalkan oleh bapa Emma Maembong iaitu Ismail Embong yang tidak suka majlis perkahwinan diadakan besar-besaran.
Ini terbukti apabila pelukis profilik terkenal negara itu lantang mengkritik perkahwinan anaknya Yaya Maembong dengan Wan Raja pada 12 Disember lalu.
Perkara ini sedikit sebanyak terpalit kepada pelawak terkenal, Zizan Razak yang merupakan kekasih hati Emma Membong.
Kenyataan Zizan di sebuah akhbar mengenai jika dia ditakdirkan berkahwin dengan Emma, dia bersedia mengadakan majlis secara sederhana namun pada masa sama perlu berlaku adil terhadap peminat-peminat yang ingin menyaksikan hari bahagianya itu dikatakan mengundang perasaan tidak puas hati Ismail.

“Aku mahukan orang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?,” soalnya menerusi status di laman Facebook miliknya pada Isnin.
Kenyataan Ismail Embong ini mengundang pelbagai kritikan para peminat hiburan.
Rata-rata peminat membidas bapa pelakon terkenal itu dengan mempersoalkan perihal isu ‘aurat’ anak-anak perempuannya.

1 (1)
Malah, seorang peminat yang berani mengkritik sikap Ismail yang menurutnya patut menitikberatkan didikan agama kepada anak-anaknya dan bukan hanya memfokuskan soal hukum berkaitan perkahwinan mewah sahaja.
Meskipun kata-kata peminat itu agak pedas, namun jika difikir-fikirkan apa yang dikatakan ada benarnya.
Walau apa pun, diharap moga salah faham antara Ismail Embong dan Zizan Razak bertemu jalan penyelesaiannya demi menjaga perasaan Emma. - mynewshub
Isu Aurat | Bapa Emma Maembong Dibidas Netizen ! Isu Aurat | Bapa Emma Maembong Dibidas Netizen ! Reviewed by Tular Lagi on 7:53 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.