Like us for get Notifications

QZ8501 - Penduduk Belitung Dakwa Nelayan Temui Mangsa Terselamat




BELITUNG: Terdapat penumpang pesawat milik AirAsia Indonesia, QZ8501 berjaya diselamatkan oleh nelayan di perairan Belitung Timur di sini dakwa BangkaPos.com.
Dalam laporan yang dimuat naik pada Rabu itu, portal berita tersebut menyebut dakwaan itu merupakan khabar angin yang telah tersebar di kalangan penduduk di sini.
Bagaimanapun jelas BangkaPos.com, tiada kebenaran dan pengesahan diperolehi berhubung dakwaan tersebut setakat ini.
"Tiada pengesahan boleh dibuat hasil daripada maklumat tersebut setakat ini walaupun ada yang mengatakan bahawa terdapat penumpang telah diselamatkan nelayan.
"Malah mayat mangsa juga telah ditemui terapung di perairan Jawa yang merupakan lokasi nahas," kata pegawai polis Belitung, Yanto.
Tambahnya, berdasarkan maklumat dari Pangkalan Bun, berkemungkinan besar tiada mangsa nahas yang terselamat.
Oleh itu penduduk telah diminta supaya menghentikan sebarang khabar angin berhubung nahas pesawat QZ8501.

QZ8501 - Penduduk Belitung Dakwa Nelayan Temui Mangsa Terselamat QZ8501 - Penduduk Belitung Dakwa Nelayan Temui Mangsa Terselamat Reviewed by Mad Pikghie on 1:30 AM Rating: 5
Powered by Blogger.