Like us for get Notifications

Rozana Misbun Pengamal Perkara Syirik, Khurafat & Tahyul ?



Nampaknya kisah pergolakan rumahtangga di antara penyanyi rock terkenal, Awie dan isterinya Rozana Misbun masih lagi berlarutan. Baru-baru ini Rozana mendakwa sijil perkahwinan mereka berdua palsu dan perkara itu disahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)

Terbaru, menerusi laporan mStar, peguam yang mewakili Awie, Mohd Zaidi memberitahu mahkamah bahawa Rozana mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka.


Rozana Pengamal Perkara Syirik, Khurafat & Tahyul ?



Hasil penemuan beberapa barang di rumah mereka di Ukay Bestari, Ampang, Mohd Zaidi memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mempunyai bukti kukuh Rozana seorang pengamal perkara syirik, khurafat dan tahyul.

Antara barang yang dimaksudkan darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.

Anak guam saya telah menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah.

Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu.

Selain itu, turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dalam kain dari warna sama.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Rozana, Jamal Lokman beranggapan dakwaan terhadap Rozana berhubung isu khurafat tidak dapat disahihkan kebenarannya.


Tidak Amanah, Belanja Wang ASB



Peguam yang mewakili Awie turut menjelaskan bahawa wang simpanan ASB yang diamanahkan untuk disimpan turut digunakan Rozana untuk membeli barangan berjenama.

Responden juga seorang yang tidak amanah apabila telah menggunakan dan membelanjakan wang simpanan pemohon yang telah diamanahkan untuk disimpan di dalam akaun bank dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) demi masa depan keluarga.

Wang berkenaan telah digunakan untuk membeli barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel, Dolce & Gabanna dan lain-lain tanpa keizinan pemohon.

Tambah Mohd Zaid, Rozana juga seorang yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak dan mereka sendiri mengadu sering diabaikan.
Rozana Misbun Pengamal Perkara Syirik, Khurafat & Tahyul ? Rozana  Misbun Pengamal Perkara Syirik, Khurafat & Tahyul ? Reviewed by Tular Lagi on 10:09 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.