Like us for get Notifications

Siti Nurhaliza tersenarai artis wanita terkaya Malaysia





PENYANYI dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.

Wanita berusia 36 tahun ini memiliki jumlah pendapatan melebihi RM4.9 juta hasil jualan album dan meraih lebih RM50 juta daripada hasil keuntungan perniagaannya.

Senarai tersebut merupakan laporan asal sebuah laman sesawang kewangan, SaveMoney.my baru-baru ini yang meletakkan isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua sebagai wanita yang mempunyai aset kekayaan paling tinggi disusuli aktres antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh.

Siti dilahirkan pada 11 Januari 1979 memulakan kerjaya seninya seawal usia 16 tahun.

Berasal dari Kuala Lipis, Pahang, beliau telah menghasilkan lebih 15 album studio yang mempunyai lagu dalam dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Jawa, Inggeris, Mandarin, Arab, Hindi dan Jepun.

Penyanyi juga penulis lagu bersuara emas ini pernah mendapat pengiktirafan sebanyak dua kali daripada Malaysia Book of Records (MBOR) kerana pencapaiannya di peringkat tempatan dan juga mengharumkan nama negara di persada muzik nusatara serta antarabangsa.

Pelantun lagu hits seperti Jerat Percintaan, Siti Situ Sana Sini, Bukan Cinta Biasa, Cindai, Aku Cinta Padamu, Seindah Biasa, Jaga Dia Untukku dan yang terkini, Terbaik Bagimu juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik sebanyak 37 anugerah, Anugerah Bintang Popular (23 anugerah), Anugerah Planet Muzik (26 anugerah), Anugerah Juara lagu (18 anugerah), 4 anugerah di Anugerah MTV Asia dan tiga anugerah di Anugerah Muzik Dunia.

Siti merupakan anak Malaysia kedua selepas Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang mengadakan konsert di pentas berprestij dunia iaitu Royal Albert Hall, London pada tahun 2005.

Sebagai seorang figura umum, Siti bukan saja mempunyai ramai peminat malah sangat dihormati serta keperibadiannya sentiasa contoh pada umum.

Sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, selebriti ini juga bijak menangani gosip atau kontroversi setiap kali namanya dikaitkan dengan namanya.

Siti juga salah seorang artis tanah air yang mempunyai seramai 1.2 juta pengikut di laman Instagram.

Pemilik jenama produk kecantikan SimplySiti ini mendirikan rumahtanga dengan usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Bagaimanapun, pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.
Siti Nurhaliza tersenarai artis wanita terkaya Malaysia Siti Nurhaliza tersenarai artis wanita terkaya Malaysia Reviewed by Mad Pikghie on 6:07 PM Rating: 5
Powered by Blogger.