Like us for get Notifications

VIDEO ISIS Malaysia 69 Nora Danish Buat Laporan Polis



Kuala Lumpur – Berikutan penyebaran video kumpulan Pengganas ala ISIS yang diberi nama Anak Muda Malaysia hari ini yang terdapat gambar Aktres jelita, Nora Danish, Nora telah pun membuat satu laporan polis.

Di dalam video tersebut pengganas Anak Muda Malaysia yang menggunakan ID – Isis Malaysia 69 itu telah mengugut akan menyerang mahkamah pada pukul 11.30 rabu ini.


“Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya.

“Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya” ujarnya memetik laporan Berita Harian.


Menurutnya ekoran penyebaran video klip tersebut, pihak akan membuta laporan polis bagi mengelakkan seberang kemungkinan.

“Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih.

“Apa yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi,” katanya lagi.

Terdahulu kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ini.

Di dalam sebuah rakaman video berdurasi 1:01 minit itu, empat lelaki bertopeng tersebut memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun.

Dengan berlatarkan bendera Malaysia, empat orang individu itu berbaju hitam dan turut menutup muka dengan topeng hitam sambil memberitahu ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula disusuli dengan kata-kata cacian terhadap demokrasi.

Dalam keterangan video itu, empat individu tersebut juga didapati menghasut anak muda seluruh Malaysia supaya bersama perjuangan kumpulan tersebut.

Tindakan empat individu tersebut menyerupai video ugutan yang pernah dilakukan oleh para pemberontak di timur tengah.
VIDEO ISIS Malaysia 69 Nora Danish Buat Laporan Polis VIDEO ISIS Malaysia 69 Nora Danish Buat Laporan Polis Reviewed by Mad Pikghie on 4:56 PM Rating: 5
Powered by Blogger.