Like us for get Notifications

mamat Khalid Sudah Serik Dengan Emma Maembong Dan Zizan Razak



Pengarah terkenal Mamat Khalid seakan sudah serik untuk bekerjasama sengan Zizan Razak dan Emma Maembong dalam projek akan datang apabila kedua-dua selebriti tersebut tidak dapat memberikan komitmen dalam mempromosikan filem Usop Wilcha Dalam Warewolf Dari Bangaldesh.

Mamat Khalid yang sudah lama terlibat dalam pembikinan filem mengakui ini adalah kali pertama pelakon utama sesebuah filem tidak dapat hadir ke majlis tayangan perdana.


“Dalam sejarah saya buat filem bermula tahun 2004, ini adalah kali pertama pelakon tidak datang dan memberikan kerjasama di majlis tayangan perdana.

Saya merasakan mungkin ini adalah ‘trend’ artis sekarang apabila mereka merasakan tahap diri mereka tinggi dengan peminat yang beratus juta, mereka tidak perlu datang.”


Emma Maembong dan Zizan Razak memaklumkan mereka tidak dapat hadir ke majlis tersebut pada waktu-waktu akhir. Untuk pengetahuan semua, tarikh tayangan tersebut telah di tetapkan selepas meneliti jadual kedua-dua pelakon berkenaan.




“Sebelum ini, sudah ada tarikh lain, namun sebab jadual mereka padat, kami memilih tarikh lain. Namun, saya tidak sangka anjakan tarikh itu hanya tindakan sia-sia.”

Wow!Artis: Pada pendapat kami, komitmen seseorang artis terhadap sesuautu pekerjaan haruslah ada. Jangan bila anda sudah dapat bayaran dan selesai berlakon anda melepaskan semua tanggungjawab.
mamat Khalid Sudah Serik Dengan Emma Maembong Dan Zizan Razak mamat Khalid Sudah Serik Dengan Emma Maembong Dan Zizan Razak Reviewed by Mad Pikghie on 9:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.