Like us for get Notifications

Punca Olga Syahputra Meninggal Dunia

olga-syahputra-
Pelakon, pengacara serta pelawak terkenal Indonesia, Olga Syahputra atau nama sebenarnya Yoga Syahputra meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura semalam akibat masalah radang selaput otak. 
Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 5.17 petang. Allahyarham berusia 32 tahun.
Berita sedih itu disahkan sendiri pengurusnya, Vera dan pemergiannya turut diratapi peminat serta teman artis di negara kelahirannya. Olga dikatakan sudah hampir setahun menjalankan rawatan di Singapura.
Difahamkan Olga berdepan dengan penyakitnya sejak April 2014. Malah ada yang pernah menyebarkan penyakitnya itu datang dari kesan buatan orang hingga melumpuhkan daya tahan tubuhnya dari hari ke hari.
Olga sempat dirawat di Rumah Sakit Pondok Indah dan berubat di Jerman sebelum memutuskan mendapatkan rawatan di Singapura.
Olga memulakan kerjaya seninya dengan menerima tawaran watak kecil selain pernah menjadi pembantu kepada penyanyi Rita Sugiarto sebelum terjun ke bidang pengacaraan. Olga pernah mengacarakan program Ngidam, Dahsyat
Tidak hanya berlakon dan mengacara, Allahyarham juga pernah berjinak jinak dengan dunia nyanyian dan pernah muncul dengan dua single iaitu Hancur Hatiku dan Jangan Ganggu Aku Lagi.
Berita pemergian Olga menjadi topik bualan di laman sosial Twitter hingga diwujudkan hashtag #ripOlgasyahputra.
Punca Olga Syahputra Meninggal Dunia Punca Olga Syahputra Meninggal Dunia Reviewed by Tular Lagi on 8:14 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.