Salute! Bangga Dengan Cara Doktor Ini Melayan Kerenah Pesakitnya Yang Marah.
Pada suatu pagi yang sibuk di sebuah klinik kerajaan yang terletak di dalam sebuah kotaraya.
Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Sudah 15 minit berlalu tetapi nombor tidak bergerak. Seorang makcik tidak keruan lagi. Bara api memuncak ingin mengeluarkan lahar tengkingan daripada kerongkongnya.
Lalu, dia bangun dan meluru masuk ke bilik pegawai perubatan nan seorang di klinik itu.
Makcik : Doktor berapa lama lagi makcik nak tunggu. Orang lain baru datangyou panggil masuk. I yang terpacak pukul 8.30 pagi lagi, you tak panggil-panggil. Apa dia bayar lebih kat you k?
Doktor muda itu berhadapan provokasi luar biasa daripada pesakit tua ini. Namun dengan tenang dia menjawabnya.
Doktor : Puan, kami minta maaf. Mesin nombor kami rosak jadi kami terpaksa panggil secara manual. Saya sememangnya mengikut urutan nombor.
Makcik : Then, why you panggil pompuan muda tu masuk dulu. I warga emas sepatutnya you bagi I dulu.
Doktor : Puan, pesakit tadi datang lebih awal daripada puan. Cuba lihat nombor dia dan pukul berapa dia datang di sini. Dia baru datang ke sini sebab tadi dia berjumpa misi kami untuk pemeriksaan ibu mengandung. Sebab itu puan nampak dia baru datang
Lalu dirampas kertas kecil bernombor itu untuk diteliti makcik yang sedang amarah.
Makcik : Ok fine, dia datang awal dulu daripada I. Next I nak tanya you lagi. Kenapa tadi 15 minit you tak panggil patient masuk. You main Facebook ye? Ireport masuk paper nanti baru you tahu.
Doktor : Oh saya minta maaf atas kelewatan 15 minit tadi. Saya ke tandas sebentar. Kemudian saya pinjam masa sedikit untuk solat sunat dhuha. Saya berdoa agar pesakit yang saya rawat dihapuskan dosa-dosanya dengan ujian Allah ke atasnya serta diberi kesembuhan segera dan dibuka pintu rezeki kepada mereka. Juga saya doakan agar mereka dikurniakan kesabaran sewaktu menunggu turn masing-masing.
Makcik itu terdiam seketika, matanya terkebil-kebil mendengar jawapan doktor muda lulusan negara penjajah Malaysia. Tiada kata-kata yang mampu terucap ketika itu. Gerak gerinya kaku seketika. Hatinya ibarat tertusuk sembilu keinsafan mendengar kata-kata penuh hemah tersebut.
Makcik itu tersentap! Lalu disambung lagi oleh doktor itu.
Doktor : Saya minta maaf puan. Tinggal satu nombor lagi. Nanti saya panggil nombor puan pula ye.
Makcik : Eh..eh takpa doktor, takpa. Saya sanggup tunggu untuk jumpa doktor. Lama pun takpa doktor. Makcik tunggu di luar dulu ye nak. Nak jumpa doktor yang seorang ini juga.
Tersenyum lebar doktor itu melihat tingkah laku penuh kesopanan makcik itu persis anak dara yang tersipu-sipu malu ditegur teruna.
Kesimpulannya, para doktor sekalian, titipkan doa buat para pesakit anda setiap hari. Insyallah, hidup anda tidak akan huru hara di klinik sepanjang masa malah anda akan disenangi dan disayangi komuniti anda.
Selamat Beramal.
Salute! Bangga Dengan Cara Doktor Ini Melayan Kerenah Pesakitnya Yang Marah.
Reviewed by Tular Lagi
on
8:14 AM
Rating:
0.5 bintang dari 5 bintang utk cerpen kali ini. Langsung x menghiburkan tapi ada sedikit unsur islamik dan tauladan. Salute doktor dlm cerpin ni, dlm kesibukan tugas dgn pesakit mungkin ada yg tenat menunggu giliran doktor sempat juga buat solat dhuha.
ReplyDeleteReal ke x ni? Dari gaya penulisan cam x real la....tp boleh amik iktibar la
ReplyDelete