Like us for get Notifications

5 Gambar Terkini Mawar Fareeda Selepas Disihir Orang?





Malah perbuatan khianat ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaan.

Bercakap kepada wartawan Melodi, Fizo tidak menidakkan dakwaan itu namun mengakui perkara tersebut mungkin berlaku di luar pengetahuannya.

Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak, mungkin berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tiada apa-apa yang pelik berlaku.

Saya bukan tak percaya benda itu ada, sekiranya berlaku, dengan izin Allah. Kalau tak dapat anak bukan sebab perbuatan orang, mungkin belum sampai masanya.

Tambah Fizo, semuanya sudah tertulis dan andainya ditakdirkan lambat menerima cahaya mata, dirinya akan terus berusaha dan berikhtiar.

Umum mengetahui tentang kejayaan pasangan suami isteri ini dalam bidang perniagaan yang diceburi. Mungkin kerana dengki dan iri hati dengan kejayaan tersebut, ada pihak bertindak menyihir mereka berdua dan ini jawapan Fizo:

Berkaitan dengan dengki berniaga, persaingan kita tak boleh lari. Kalau boleh kita bersaing secara sihat. Saya minta maaf kalau ada salah silap. Perbetulkan niat anda sebab kita sama-sama cari rezeki.

Kesian pula bila mengenangkan nasib orang kita bila berniaga, asal berjaya sikit mesti ada yang iri hati sehingga sanggup menggadaikan iman dengan melakukan perkara khurafat dan syirik. Buat Fizo dan Mawar, bersabarlah. Rezeki pasti ada InsyaAllah.



Sumber : Isusemasa

5 Gambar Terkini Mawar Fareeda Selepas Disihir Orang? 5 Gambar Terkini Mawar Fareeda Selepas Disihir Orang? Reviewed by Mad Pikghie on 9:05 PM Rating: 5
Powered by Blogger.