Seksi Kerana Permintaan Produksi - IZARA
Hmm, situasi Izara Aishah ini boleh kami gambarkan sebagai ‘kerana terpaksa aku relakan’. Nak tahu kenapa?
Ini kerana Izara dikatakan terpaksa berpakaian seksi demi menjalankan tugas sebagai seorang pelakon. Kami dengar, Izara sendiri tak selesa melihat dirinya seksi sebegitu.
Seksi Kerana Permintaan Produksi
Semuanya kerana filem lakonan Izara yang bakal menembusi panggung iaitu Pilot Cafe. Menurut laporan Malaysian Digest, Izara sendiri mengakui dia berpakaian seksi dalam filem tersebut kerana terpaksa mengikut kehendak poduksi.
Bila saya tonton semula lakonan saya dalam Sejoli, saya mula sedar dan berasa tidak selesa. Jadi, sekarang saya letakkan syarat tidak mahu tampil dengan pemakaian yang terlalu terdedah.
Untuk filem Pilot Cafe ini pun, babak saya kena pakai seksi tu sebenarnya saya kurang selesa tapi saya terpaksa akur dengan permintaan pihak produksi.
Kekasih Saya Faham Bidang Kerja – Izara
OHBULAN
Seksi Kerana Permintaan Produksi - IZARA
Reviewed by Tular Lagi
on
1:19 PM
Rating:
Sebagai pelakon rasanya Izara boleh memberi pendapat pada pihak produksi agar tidak disuruh pakai terlalu seksi dan tidak beraksi terlalu ghairah seperti di dalam filem pilot cafe. Sebagai seorang Islam dan belum bernikah (kawin tak tau la -kena tanya yang punya diri) , lakonan Izara dan Remy berpelukan di dalam laut rasanya boleh diganti dengan babak yang lebih sopan. Contoh seperti Izzue Islam , di mana awal2 lagi sudah memberitahu pihak produksi tidak mahu adegan berpelukan dan pegang2an dengan pelakon wanita. Semuanya atas kehendak diri sendiri. Maknanya kalau pihak produksi suruh pakai bikini dan lakukan adegan ranjang pun Izara sanggup la.
ReplyDelete