Like us for get Notifications

ANAK DERHAKA ...TIDAK LAGI AKAN LAYAN BILA AYAH SUDAH TUA DAN SAKIT BEGINI

Satu lagi karya saya untuk menegur sikap anak kepada bapa yang tua dan kerap sakit.

Ketika duduk menunggu giliran di Klinik Kardiologi, Hospital Sultanah Bahiyah, seorang lelaki tua yang baru mendaftar masih tercungap-cungap kepenatan minta duduk di tepi saya.


Apabila nafasnya mula reda, saya bertanya, “Saya nampak Haji turun teksi tadi, tak ada orang hantarkah?”

Dia menjawab, “Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan masam muka. Biarlah saya naik teksi.”


Dia diam sejenak. Saya bersedia mendengar luahan hatinya. “La ni saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita.”

 Dia mula mengesat air mata, “Dosa berkata ‘uuh‘ pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam apabila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menghabiskan tugas membela mereka. Biarlah mereka nikmati hidup tanpa diganggu. Kita sekadar bersedia untuk kembali kepada tuhan.”

Allahuakbar! Saya pula yang jadi sedih, tetapi saya masih ditemani oleh anak.

Kata-katanya benar-benar meredupkan hati saya. Bukan tidak pernah menolak permintaan ayah, bukan tidak pernah memberi alasan untuk tidak menunaikan permintaannya, bukan tidak pernah bermasam muka dengannya. 

Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunaikan tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak-anak terjerumus dosa.

Dua pengorbanan ibu bapa. Ayah dan ibu, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak-anak, rasa yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang Tuhan jadikan. 

Jauh di sudut hati mereka mengharap anak-anak menjadi tempat bergantung di hari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yang saya temui, akhirnya, apabila zaman berubah, banyak anak yang terlupa, yang alpa sibuk mengejar dunia. 

Ada anak yang hilang pertimbangan antara bapa yang telah tidak berupaya, dengan dunia yang perlu dihambat. Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanan kedua seperti orang tua ini, 

kali ini bukan lagi untuk memberi kepada anak-anak, tetapi berkorban untuk tidak menyusahkan, sehingga akhir hayatnya. Betullah kata orang, ibu bapa mampu membela anak sekawan neru, anak belum tentu mampu membela seorang bapa atau ibu.

Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tidak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaan mu kecuali apabila mereka benar-benar tidak berupaya! 

Berpada-padalah dalam menghambat dunia. Seluruh isi dunia ini jika mahu bayar kepada seorang ayah sebagai ganjaran membesarkan kita, tidak akan sama tukarannya. 

Menolak satu permintaan seorang ayah adalah jauh lebih besar daripada menolak perintah seorang raja. Tapi semua ibubapa yang beriman, yang menghadap penghujung hidup akan terus berkorban demi anak dengan tidak menyusahkan mereka, bahkan ada yang masih sanggup ‘meminjamkan’ RM kepada anak-anak. 

Anda pernah menolak permintaaan ayah? Masih bermadah penuh sendu mengharap pinjam duit abah? Masih mengharap keringat tuanya?Peluru saya tepat ke sasaran.

Nota Editor: Penulisan ini ditulis oleh Tuan Abd Ghani Haron. Semoga kisah ini menyentuh hati untuk kita menjadi lebih pemurah pada Ramadhan ini. 
ANAK DERHAKA ...TIDAK LAGI AKAN LAYAN BILA AYAH SUDAH TUA DAN SAKIT BEGINI ANAK DERHAKA ...TIDAK  LAGI AKAN LAYAN BILA AYAH SUDAH TUA DAN SAKIT BEGINI Reviewed by Tular Lagi on 5:51 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.