Fikir sebelum bercakap, Utusan beritahu Ahmad Maslan
Akhbar Utusan Malaysia hari ini menasihati Datuk Ahmad Maslan supaya menjadi pemimpin yang bijak susulan pelantikan beliau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang berkuat kuasa Rabu lalu.
Melalui ruangan pojok Awang Selamat, akhbar edisi mingguan milik Umno itu menyarankan Ahmad menggunakan peluang kedua yang diberi untuk memperbaiki kelemahan dirinya yang sering mengeluarkan kata-kata kontroversi tanpa mengendahkan kesan terhadap kerajaan dan masyarakat.
"Harap-harap Ahmad akan ambil iktibar pengalaman sebelum ini yang kerap mencetuskan kontroversi melalui kenyataannya.
"Beliau perlu lebih berhati-hati sebelum bercakap dengan mengambil kira implikasi kepada kerajaan dan masyarakat awam," katanya.
Kata Awang, walaupun Ahmad disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi, rajin dan komited dalam menjalankan tugasnya, namun apa yang rakyat perlukan adalah pemimpin yang bijak dan kemas dalam mengurus persepsi.
"Kerja kuat sahaja tidak memadai. Lebih-lebih lagi pada era yang mencabar ini.
"Ini zaman yang menuntut pemimpin bijak dan kemas dalam mengurus persepsi. Lagipun, pemimpin bukan sahaja dinilai dengan kata-kata, yang lebih penting tindakan dan hasilnya," katanya.
Ahmad sebelum ini kerap dikritik kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap kurang bijak dan mengundang kontroversi terutamanya apabila menerangkan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam kapasitinya sebagai timbalan menteri kewangan.
Selasa lalu, dalam satu rombakan Kabinet, Najib mengumumkan pelantikan Ahmad, yang juga ahli Parlimen Pontian yang kini dalam penggal keduanya, sebagai timbalan menteri di kementerian yang baru pula. – 2 Ogos, 2015.
Fikir sebelum bercakap, Utusan beritahu Ahmad Maslan
Reviewed by Tular Lagi
on
11:34 AM
Rating:
Menteri yg tidak mesra rakyat..
ReplyDelete