Like us for get Notifications

ALFATIHAH Imam Meninggal dalam sujud ketika solat sunat Aidiladha




KUALA PILAH: Seorang imam menghembuskan nafas terakhir ketika sujud semasa mengimamkan solat sunat Aidiladha di Masjid Kampung Temeris, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, A Karim Ismail, 66, dikatakan tidak bangun ketika sujud menyebabkan beberapa makmum di belakangnya menyedari kejadian itu. Ketua kampung itu, Mohd Yunus Abdullah, 64, berkata beliau yang turut menjadi makmum berasa ada sesuatu tidak kena kerana imam sujud terlalu lama.

 "Saya serta beberapa orang makmum lain kemudian memeriksanya dan mendapati dia tidak sedarkan diri. Kami segera menghantarnya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, di sini, namun dia disahkan sudah meninggal dunia," katanya.
ALFATIHAH Imam Meninggal dalam sujud ketika solat sunat Aidiladha ALFATIHAH Imam Meninggal dalam sujud ketika solat sunat Aidiladha Reviewed by Tular Lagi on 5:24 PM Rating: 5

2 comments:

  1. inalilahi wainailaihi rojiun. insya Allah syurga di dapatkan

    ReplyDelete
  2. AlFathihah

    Untong nya Arwah bertemu Allah sewaktu paling dekat dengan NYA

    ReplyDelete

Powered by Blogger.