Like us for get Notifications

Isteri Muda baru kahwin TERKANTOI rupa-rupanya dah ada 3 suami !




Macam mana tu boleh ada tiga suami sekaligus??? Syiah mana dia ikut tu??? Seorang lelaki berusia 57 tahun menjadi mangsa ‘permainan cinta’ seorang perempuan muda yang dikahwininya di Selatan Thailand, dua tahun lalu.

Difahamkan, hasrat untuk mengecap bahagia bersama isteri keduanya tu musnah selepas dia dapat tau perempuan tu belum bercerai dengan suami pertama dia. Tu la tak selidik betul-betul dulu latar belakang perempuan tu! Main redah aje kawen. Kononnya kerana cinta!

Bapa kepada tiga anak tu mendakwa mengahwini isteri kedua dia yang berusia 27 tahun masa tu di Majlis Agama Islam Narathiwat, perempuan tu temberang dia mendakwa dia masih anak dara. Piuhhh!

Difahamkan, dia jumpa perempuan tu yang bekerja di Bernas, Jitra, Kedah dan mengambil keputusan untuk mengahwininya di Selatan Thailand pada 12 September 2013, memandangkan perempuan tu menggesanya dan enggan bernikah di Malaysia. Nampak sangat dah pelik kat situ!


“Kalau boleh memang kami nak kahwin di sini, tetapi dia menggesa saya untuk kahwin cepat di Selatan Thailand. Bila saya nak daftar kahwin di sini, dia banyak berdolak dalik sehingga saya tahu dia pernah berkahwin sebelum ini dan masih belum bercerai secara sah dengan suami pertamanya.

“Kami hanya sempat bersama seminggu sebelum rahsia statusnya yang belum bercerai secara sah dengan suaminya sebelum ini, terbongkar.

“Saya suruh dia fasak dengan suami pertamanya dahulu, sebab saya rasa pernikahan kami di Siam tak sah kerana dia bohong tentang statusnya,” katanya.


Menurut lelaki malang tu, dia menunggu perempuan tu setahun lebih dan dalam tempoh tu dia selalu berulang alik bertemu perempuan tu di Kedah, selain menghulurkan wang belanja bulanan.

Tapi penantiannya hampa apabila Julai lalu, dia menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu yang memerintahkannya hadir untuk mengesahkan perceraian taklik.


“Saya dah habiskan banyak untuk dia kira-kira RM26,000 tetapi akhirnya saya terima surat perceraian taklik daripada wanita itu. Saya ke mahkamah pada 2 September lalu tetapi dia tak hadir. Saya pergi ke rumah dia, tetapi ibunya beritahu wanita itu sudah berkahwin lain lima bulan lalu.

“Macam mana dia boleh kahwin lain, sedangkan dia belum rasmi bercerai dengan suami pertamanya. Saya dapat tahu dia kahwin dengan suami barunya orang Negeri Sembilan di Selatan Thailand.

“Macam mana pula dengan pernikahan kami di Siam.. kalau ia sah.. saya pun belum ceraikan dia lagi. Kalau macam ni.. dia dah ada tiga suami dalam satu masa,” katanya.


Disebabkan rasa tertipu dengan ‘permainan cinta’ perempuan tu, lelaki tu dah buat report polis di Balai Polis Bachok pada 3 September lalu, sebagai rujukan untuk peguam dan mahkamah.
sumber 
Isteri Muda baru kahwin TERKANTOI rupa-rupanya dah ada 3 suami ! Isteri Muda baru kahwin TERKANTOI rupa-rupanya dah ada 3 suami ! Reviewed by Tular Lagi on 9:36 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.