Like us for get Notifications

Pelakon jelita, Nora Danish hampir pengsan !





Pelakon jelita, Nora Danish hampir rebah ketika Afgan mempersembahkan lagu kegemarannya Kamu Yang Ku Tunggu di Konsert Suara Hati Afgan yang bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. 


Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, beliau terpegun dan terpesona dengan kemantapan vokal penyanyi kelahiran Indonesia yang begitu memukau. "Sebenarnya sejak dulu lagi saya sudah meminati Afgan namun perasaan itu bertambah menggunung setelah hadir ke konsertnya semalam. Ternyata, Afgan dianugerah oleh Tuhan dengan vokal yang begitu luar biasa.

 "Saya seperti hendak pengsan ketika dia (Afgan) menyanyikan lagu duet berjudul Kamu Yang Ku Tunggu bersama Datuk Rossa kerana ia adalah lagu kegemaran saya. Malah, lagu Terima Kasih Cinta dan Jodoh Pasti Bertemu juga adalah antara lagu mendapat tempat di hati saya. 

"Saya sama sekali tidak menyangka Rossa akan turut sama membuat persembahan di konsert semalam. Jadi saya seperti terpegun ketika mereka membuat persembahan duet yang begitu indah sekali," katanya kepada BH Online.

 Pelakon filem Polis Evo itu menjelaskan bukan mudah untuk beliau meminati penyanyi sehingga ke tahap begitu namun pengecualian dibuat kerana Afgan mempunyai aura dan personaliti yang disenangi ramai. "Bukan saja mempunyai vokal yang mantap, Afgan juga bijak berkomunikasi dengan penonton yang hadir. 

Jenaka lucu yang digunakan beliau ketika konsert menyempurnakan lagi keseluruhan persembahan. "Boleh dikatakan sehingga ke hari ini saya masih lagi menonton video persembahan Afgan semalam. Sememangnya saya berpuas hati dengan konsert berskala besar Afgan buat julung kali di Malaysia ini," kata Nora dalam nada teruja.

sumber
Pelakon jelita, Nora Danish hampir pengsan ! Pelakon jelita, Nora Danish hampir pengsan ! Reviewed by Tular Lagi on 6:51 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Dengor lagu nak pengsan.
    Dengor azan buat dekkkk.
    Dengot ngaji Quran terus "pengsan" kat katil

    ReplyDelete

Powered by Blogger.