Like us for get Notifications

Masih ingat wajah lelaki ini yang didakwa membunuh penuntut UiTM Nor Syuhada Johari pada Februari lalu, inilah cerita terbarunya setelah 9 bulan berlalu yang sungguh tak disangka-sangka




Tukang masak berusia 25 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini kerana membunuh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nor Syuhada Johari, 20, pada 2 Februari lalu.

Syarafi Abu membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan.

Dia dituduh melakukan jenayah itu di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, pada 11.55 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 Mac dan 17 dan 18 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Yusaini Amer Abdul Karem dan Mohd Amril Johari, manakala Syarafi diwakili peguam, Datuk Naran Singh.

Terdahulu dalam kejadian itu, Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh lelaki berkenaan ketika kedua-dua mereka menaiki kereta menghala ke selatan pada hari kejadian.


Sumber: Harian Metro
Masih ingat wajah lelaki ini yang didakwa membunuh penuntut UiTM Nor Syuhada Johari pada Februari lalu, inilah cerita terbarunya setelah 9 bulan berlalu yang sungguh tak disangka-sangka Masih ingat wajah lelaki ini yang didakwa membunuh penuntut UiTM Nor Syuhada Johari pada Februari lalu, inilah cerita terbarunya setelah 9 bulan berlalu yang sungguh tak disangka-sangka Reviewed by Mad Pikghie on 1:12 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.