Like us for get Notifications

Fuh Semakin Jelita!! 6 Foto terbaru Diyanah Nadia, kekasih Ammar Affendi

Baru-baru ini nama gadis cantik, Diyanah Nadia menjadi viral apabila menerima sebuah kereta Mercedez dari kedua ibu bapanya di hari lahirnya yang ke 17 tahun. Sebelum ini dia pernah dihadiahkan sebuah kereta Audi menerusi pencapaiannya yang menakjubkan.

Siapa sangka, gadis yang mesra disapa Diyanah ini akan bergelar penyanyi di bawah naungan Indigital Sdn Bhd. Nampaknya semakin ramai peminat Diyanah yang juga merupakan rakan baik kepada Ammar Affendi iaitu anak kepada pelakon, Rozita Che Wan.


"Sebenarnya saya menerima tawaran ini sebelum nama saya menjadi viral lagi. Buat masa ini saya belum menandatangani sebarang kontrak dan mungkin semuanya akan dilaksanakan pada bulan hadapan. Sememangnya saya cukup gembira dengan tawaran ini dan merasakan ini adalah satu benda yang berbeza dalam hidup saya. Tetapi apa pun yang saya lakukan, nama baik saya dan keluarga perlulah dijaga," ujar Diyanah Nadia yang ditemui ketika Seminar Bisnes Muzik anjuran Indigital Sdn Bhd dengan kerjasama SukaSucre Kreatif semalam.

Diyanah yang sememangnya meminati dunia nyanyian sesekali tidak akan mengabaikan pelajarannya setelah bergelar penyanyi. Kini dia merupakan pelajar tahun pertama di Kolej Vokasional Sepang dan bakal menerima segulung diploma dalam tempoh dua tahun lagi.

"InshaAllah saya akan dapat bahagikan masa dengan sebaiknya antara pelajaran dan bidang seni. Nyanyian adalah minat saya sejak dulu lagi tetapi dalam masa sama saya perlu fokus dalam bidang pengajian. Selepas mendapat segulung diploma nanti, saya berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah di luar negara," ujarnya yang merupakan pelajar jurusan sains komputer.

Sumber: Mediahiburan






Sumber: plbgaimacam
Fuh Semakin Jelita!! 6 Foto terbaru Diyanah Nadia, kekasih Ammar Affendi Fuh Semakin Jelita!! 6 Foto terbaru Diyanah Nadia, kekasih Ammar Affendi Reviewed by Tular Lagi on 6:48 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.