Meskipun mempunyai negara jiran yang sangat maju dengan kemodenan, namun negara Korea Utara masih lagi dengan cara mereka tersendiri.
Negara Korea Utara sebuah negara yang unik dengan pentadbiran cara tersendiri. Kerajaan negara itu sangat mengawal rakyatnya dengan pelbagai undang-undang yang sangat ketat.
Berikut merupakan 10 perkara harian yang dilarang sama sekali dilakukan di dalam negara Korea Utara.
10. Menonton Televisyen
Rakyat negara Korea Utara tidak dibenar sama sekali menonton sebarang program daripada negara jirannya iaitu Korea Selatan.
9. Mengamalkan Agama
Majoriti rakyat Korea Utara tidak menganuti sebarang agama
8. Meminum Alkohol
Rakyat Korea Utara hanya boleh meminum alkohol pada hari cuti tertentu sahaja namun tidak dibenarkan sama sekali untuk pelajar.
7. Memandu
Mereka tidak dibenarkan bebas memandu dan statistik hanya 1 daripada 1000 orang sahaja yang mempunyai kereta di dalam negara itu.
6. Bermain Alat Muzik
Semua muzik adalah dibawah kawalan kerajaan malah muzik barat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
5. Panggilan Antarabangsa
Mereka tidak dibenarkan membuat panggilan ke luar negara.
4. Bercakap
Rakyat Korea Utara tidak dibenarkan bercakap buruk tentang kerajaan mereka.
3. Melancong Ke Luar Negara
Adalah menjadi satu kesalahan bagi rakyat Korea Utara yang keluar dari negara itu.
2. Pornografi
Menonton atau menjual pornografi adalah satu kesalahan yang boleh membawa hukuman mati.
1. Melayari laman web
Internet di Korea Utara sangat dikawal ketat, hanya orang yang tertentu sahaja dibenarkan menggunakan internet.