Like us for get Notifications

Respon Bekas Tunang Adira Selepas Dapat Tahu Adira Nikah Datuk Seri


KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin tidak terkejut dengan berita perkahwinan bekas tunangnya penyanyi Adira yang heboh diperkatakan pada Isnin lalu.
Shahrul, 29, berkata, Adira bukan lagi urusan peribadinya dan wanita berkenaan berhak mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri.
“Saya tahu Adira berkahwin daripada seorang kawan tetapi saya tidak terkejut kerana kami tiada sebarang ikatan lagi.
“Terpulang kepada dia kerana itu adalah kehidupannya dan sebagai rakan saya hanya boleh mendoakan kebahagiannya dan suami,” katanya kepada mStar Online.
Shahrul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert 5 Divo di Bukit Damansara di sini, Selasa.
Terdahulu, Adira mengakui sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Seri Adnan Abu selepas hanya tiga minggu berkenalan.
Sebelum itu, gosip mengatakan Adira sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan tersebar luas sejak Khamis lalu.
Gosip tersebut bertambah kuat apabila isteri pertama Adnan yang dikenali sebagai Datin Red mendedahkan di ruang komen menerusi gambar dimuat naiknya bahawa dia dan Adira kini berkongsi suami.
Adira sebelum ini pernah bertunang dengan Shahrul Nasrun Kamarudin pada 22 Disember tahun lalu namun ikatan berkenaan putus pada pertengahan April lalu.
Dalam pada itu, Shahrul berkata, dia berharap Adira bahagia dengan pilihannya dan menjaga rumah tangganya dengan baik.
“Kehidupan berkahwin berbeza dan saya berharap dia menjaga rumah tangga dengan baik, bersikap lebih matang dalam setiap keputusannya,” katanya.
Shahrul turut meminta peminat tidak mengecam Adira yang tidak berpuas hati dengan keputusan penyanyi itu berkahwin secara tiba-tiba dan mendoakan kebahagian pasangan itu.
Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, gosip mengatakan dia sudah bertunang dengan usahawan kosmetik iaitu Fatin Amira adalah tidak benar.
Shahrul bagaimanapun mengakui sedang menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut dan merancang untuk bertunang pada tahun hadapan.
“Benar saya berkawan dengan Fatin tetapi kami belum bertunang seperti dilaporkan.
“Insya-Allah perancangan itu ada mungkin tahun hadapan,” ujarnya
Respon Bekas Tunang Adira Selepas Dapat Tahu Adira Nikah Datuk Seri Respon Bekas Tunang Adira Selepas Dapat Tahu Adira Nikah Datuk Seri Reviewed by Tular Lagi on 11:41 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Semoga perkahwinan adira dengan datuk seri kekal hingga ke akhir hayat....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.