Like us for get Notifications

Gara-gara Berpakaian Seksi sangat Uqasha Senrose kena Kritik teruk 2 Gambar

uqasha2
Ingat lagi tak khabar angin yang kononnya ada seseorang yang pernah nampak pelakon Uqasha Senrose ke kelab malam hanya dengan bertopi? Haaa tapi nak dijadikan cerita, waktu tu Uqasha siap menafikan hal itu sehinggalah isu itu hilang macam tu je. Baru-baru ni pula menerusi ruang akhbar hiburan tempatan yang ditulis oleh Raja Nurfatimah Mawar, nampaknya Uqasha sekarang ni sudah mula berhadapan dengan pelbagai kritikan hebat dari peminat dan media. 
Melalui gambar yang dikirimkan oleh seseorang, selain Uqasha dan adik beradiknya rupa-rupanya pelakon Iqram Dinzly juga bercuti bersama di Koh Lipe, Thailand. Nak pergi bercuti tu, tak kisahlah tapi yang memeranjatkan ramai pihak apabila Uqasha tampil dengan pakaian yang menjolok mata sehingga menampakkan pusat dia. 
Uqasha-Senrose-Tampil-Seksi-Bercuti-Bersama-Iqram-Dinzly
Jom kita baca artikel yang ditulis oleh Raja Nurfatimah sendiri:
Terbaharu Raja terkedu mendapat kiriman gambar Uqasha sedang bercuti ke Koh Lipe, Thailand ketika menyambut tahun baharu. Uqasha khabarnya bercuti bersama adiknya, Nelydia, Raysha Senrose dan ahli keluarga yang lain. Semuanya seksi!!! Raja lebih terkejut melihat gambar Uqasha menanggalkan tudung dan berpakaian seksi sehingga nampak pusat. Pusatnya pula bertindik. Mak aii..Betullah jika dulun ada yang mendakwa pernah ternampak Uqasha hanya memakai topi ketika ke pusat hiburan.
Raja tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Uqasha. Pelik kerana cakap tidak serupa bikin. Kalau rasa belum bersedia, bukalah saja tudung itu. Percutiannya itu bukan hanya disertai Nelydia, Raysha dan ahli keluarganya, malah terselit gambar kekasih yang kononnya tidak menjadi, Iqram Dinzly. Amboi betapa erat Iqram memeluk Uqasha seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan. Rindu agaknya! Mungkin Uqasha dan Iqram ingat apabila berada di Koh Lipe, tiada orang mengenali mereka. Silaplah. Itulah lokasi percutian kesukaan ramai. Banyak mata memandang, lebih lagi melihat keadaannya berpeluk sakan dengan Iqram macam tu.
Hmm tak tahu lah nak kata apa. Apa-apa pun kita tunggu lah penjelasan dari tuan punya badan tentang isu ini. Setiap manusia ada je buat salahkan dan berpeluang untuk memperbaiki diri sendiri. 
Sumber : rotikaya

Gara-gara Berpakaian Seksi sangat Uqasha Senrose kena Kritik teruk 2 Gambar Gara-gara Berpakaian Seksi sangat Uqasha Senrose kena Kritik teruk 2 Gambar Reviewed by Tular Lagi on 1:31 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.