Like us for get Notifications

KISAH DI CERITAKAN USTAZ Hilangnya 'Nur' dari Wajah Seorang Anak yang Sangat Taat Ketika Mati





Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. 

Lebih kurang jam 3.30 pagi,3/1/2015 saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah SWT Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.

Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Siapakah pemuda itu?
Mengapa wajahnya bertukar hitam?
Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya. 

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

"Ustaz," kata wanita itu.
"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. 

"Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya saya.
"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."
"Makcik lihatlah betul-betul." kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

baca selanjutnya kisah ini di sini 
KISAH DI CERITAKAN USTAZ Hilangnya 'Nur' dari Wajah Seorang Anak yang Sangat Taat Ketika Mati KISAH DI CERITAKAN USTAZ Hilangnya 'Nur' dari Wajah Seorang Anak yang Sangat Taat Ketika Mati Reviewed by Tular Lagi on 5:38 PM Rating: 5

2 comments:

  1. article ni tak habis, cerita terputus, link bawa pada blog yg tak ada kena-mengena dgn cerita diatas. Admin harap maklum. tkasih.

    ReplyDelete
  2. http://messarah.blogspot.my/2015/12/hilangnya-nur-dari-wajah-seorang-anak.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.