Inilah Punca Erin Malik Berehat Panjang Dari Berlakon Bikin Orang Terkedu!!

Siapa tidak kenal dengan pelakon Erin Malek, yang pada awal kemunculannya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Tentang Bulan kini sudah berusia 22 tahun. Malah, penampilan Erin juga berbeza seperti sebelum ini kerana dia telah membuat keputusan untuk berhijab penuh. Gambar Erin Malek Berhijab Terlajak Memukau menarik perhatian netizen.
Erin Malek yang kini digelar ‘young mummy’ kerana dalam usia sebegitu beliau sudah mempunyai seorang anak lelaki yang comel dinamakan Mohamad Faliq dan suami yang penyayang, Farriz Fauzy.
Erin 1
Menurut Erin, dia sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang. Malah, dia juga menjelaskan sejak bergelar seorang ibu, banyak perubahan berlaku ke atas dirinya.
“Alhamdulillah, saya bahagia sekarang. Dalam usia semuda ini saya sudah memiliki seorang suami dan cahaya mata yang mampu membuat hidup saya lebih gembira.”
“Sejak bergelar seorang ibu, perubahan yang saya rasa adalah kematangan dan kesabaran dalam menguruskan keluarga ini.”
Kini, fokus utama Erin adalah menjaga anaknya yang kini memasuki umur empat bulan. Malah, dia pernah berputus asa pada awalnya.
“Masa saya memang terhad kerana fokus utama adalah anak dan ia bukanlah sesuatu yang mudah. Saya percaya tidak ramai yang seusia saya dapat lakukan perkara sama.”
“Saya akui pada awalnya saya hampir berputus asa kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga tapi bila difikirkan semula, seharusnya saya perlu bersyukur kerana keluarga inilah kebahagiaan saya dan saya tidak pernah menyesal.”
Erin 4
Tambah Erin lagi, dia dan suami tidak mempercayai khidmat pembantu rumah dan selama ini Erin sendiri yang menguruskan rumah tangga dan menjaga Faliq.
“Sejak hari pertama Faliq dilahirkan, saya dan suami sahaja yang menjaganya biarpun ketika itu saya berada dalam tempoh berpantang.”
“Lagipun saya berpantang di rumah sendiri dan hanya pada siang hari saya dibantu bidan dan jururawat manakala pada waktu malam, kami berdua yang menguruskan Faliq.”
“Kami memang kurang percaya pada pembantu rumah tetapi kalau perlu pun, tugasnya terhad kepada penjagaan rumah yang lain tetapi bukan bab penjagaan anak. Sekarang ini, semua kerja rumah, kami lakukan bersama-sama tanpa bantuan sesiapa.”
Apabila berbicara mengenai tawaran berlakon, menurut Erin, dia pernah mendapat beberapa tawaran namum belum tiba masa lagi untuk dia kembali aktif kerana ingin memberikan sepenuh perhatian kepada Faliq.
Erin 3
“Baru-baru ini, saya ada juga terlibat dengan beberapa sesi fotografi dan saya bawa Faliq bersama, tetapi saya tahu dia tidak selesa. Jadi buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali aktif tambahan pula Faliq masih menyusu badan.”
“Saya sendiri tidak tahu bila akan kembali aktif. Alhamdulillah, tawaran masih ada cuma saya tidak boleh beri komitmen sekarang.”
“Kalau boleh untuk terlibat dengan mana-mana tawaran, saya mahu beri komitmen yang penuh dan tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak, jadi sekarang ini bukan masa sesuai.”
Apapun, semoga Erin Malek bahagia bersama suami dan anak comel itu. Mudah-mudahan Erin dapat kembali aktif dalam dunia lakonan.
Inilah Punca Erin Malik Berehat Panjang Dari Berlakon Bikin Orang Terkedu!! Inilah Punca Erin Malik Berehat Panjang Dari Berlakon Bikin Orang Terkedu!! Reviewed by Mad Pikghie on 9:00 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Enter your comment...kebanyakaan seliberiti memang nacam tuu. anak dah masuk dua atau tiga, rumahtangga dah mula bergolak. Tak nak pulak beritahu kenapa bercerai. Atas alasan tak ada jodoh.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.