Like us for get Notifications

Wanita dan bayinya dirakam terpelanting ke udara selepas dilanggar


WANITA dan anaknya dilanggar kereta berkenaan.

Buenos Aires: Seorang wanita dan bayinya dirakam terpelanting ke udara selepas dilanggar sekumpulan pencuri yang cuba melarikan diri di satu jalan raya yang sibuk di sini.

Rakaman CCTV juga menunjukkan wanita itu diheret di atas bonet kereta itu sementara bayinya terguling beberapa kali di udara sebelum jatuh ke tanah.

Mujur kedua-duanya tidak cedera teruk.

Berdasarkan rakaman itu, kereta berkenaan meluncur laju selepas dikejar oleh polis.

Ia jelas menunjukkan pemandu itu tidak memikirkan lagi keselamatan orang lain kerana mahu mengelak daripada ditangkap.

Beberapa pengguna berjaya mengelak daripada dilanggar sebelum kenderaan itu merempuh ibu dan anak malang berkenaan.

Selepas kanak-kanak itu terjatuh, ibunya diheret di atas bonet sejauh kira-kira 50 meter sebelum ia jatuh.

Kereta berkenaan akhirnya merempuh kereta lain, menyebabkan ia terhenti.

Tiga pencuri di dalamnya meluru keluar sebelum ditahan polis yang kemudian kelihatan menendang ketiga-tiga lelaki berkenaan. - Agensi

VIDEO
Wanita dan bayinya dirakam terpelanting ke udara selepas dilanggar Wanita dan bayinya dirakam terpelanting ke udara selepas dilanggar Reviewed by Tular Lagi on 12:51 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.