Like us for get Notifications

Mari kita doakan semoga fatiya latif Istiqamah dalam penghirahanya


Oleh Feyra Nasrom Sumber Mangga Online
 
Sudah semakin ramai di kalangan artis wanita kini sudah mula bertukar imej dengan mengenakan hijab. Terbaru, pelakon Sherry Ibrahim dan juga Fatiya Latiff terbuka hati untuk tampil berhijab dan sekaligus membuatkan orang ramai serta peminat bangga dan gembira dengan perubahan terbaru mereka.
 
Buat Fatiya, dia akui kehidupan setelah berhijab sememangnya berbeza malah lebih baik dari sebelumnya. Malah rezeki yang datang juga semakin melimpah ruah.

Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi best sangat. Saya pun pakai tudung ini bukan sebab orang tapi sebab Allah. Cuma nikmatnya sukar diungkap dengan kata-kata.
 
Lepas saya bertudung, banyak betul Allah bagi rezeki. Malah saya dapat juga kebahagiaan dan ketenangan. Itulah yang saya rasa selepas tutup aurat

Tambah Fatiya, kehidupan berhijab secara sendirinya menghalang beliau untuk buat perkara yang tidak sepatutnya dan menjaga adab sebaik mungkin sebagai wanita berhijab.
 
Nampaknya, perubahan Fatiya benar benar membawa dirinya ke arah yang lebih baik. Semoga ketenangan yang diperoleh kekal dan dipermudahkan segalanya. 
Mari kita doakan semoga fatiya latif Istiqamah dalam penghirahanya Mari kita doakan semoga fatiya latif Istiqamah dalam penghirahanya Reviewed by Mad Pikghie on 1:38 PM Rating: 5
Powered by Blogger.