Like us for get Notifications

Pelajar sekolah menengah di Perak putus tangan akibat disedut mesin



KUALA LUMPUR , 27 Apr- Seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Perak putus tangan kanan akibat disedut mesin pam angin dalam kejadian kelmarin.

Selain itu, pelajar terbabit juga dilaporkan patah kaki kirinya akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam.

BH Online melaporkan, pelajar berusia 14 tahun itu dilaporkan sedang bekerja di sebuah bangsal ternakan ayam di Sungai Bayor, Selama, Perak.

Tangan kanan mangsa terkena mesin pam angin di bangsal itu sebelum disedut dan putus terkena bilah kipas dalam mesin tersebut.

Bapa mangsa, Mohd Rosdi Mat Shohor, 46, berkata anaknya itu mengalami trauma sebaik menyedari tangan kanannya hilang.

"Dia dihantar ke Hospital Selama sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping. Tidak lama selepas itu, doktor mengambil keputusan memindahkannya ke Hospital Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

"Dia masih meracau kerana terkejut dengan kehilangan tangan kanan, patah tangan dan kaki kiri serta mengalami keretakan pada kepala," katanya.

Mohd Rosdi juga berkata, anaknya itu bekerja di reban ayam tersebut kerana memahami kesusahan keluarga dan ingin membantu meringankan tanggungan.

"Saya terduduk apabila mendapat dapat tahu kemalangan yang menimpa anak saya. Saya rasa bersalah tetapi harus reda dengan takdir Tuhan," katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosdi di talian 019-5287751. -Siakapkeli.my
Pelajar sekolah menengah di Perak putus tangan akibat disedut mesin Pelajar sekolah menengah di Perak putus tangan akibat disedut mesin Reviewed by Tular Lagi on 5:27 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.