Like us for get Notifications

'Tak Boleh Dedah Jumlah Harta, Mak Saya Tak Suka' kata bilionair melayu ini



Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, bilionair Melayu 'low profile' yang memiliki 4 buah jet eksekutif, lebih 40 buah helikopter.

Beliau asalnya seorang pegawai perisikan tentera yang telah berkhidmat selama 13 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga memperolehi pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari bidang ketenteraan, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. 

Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Pada masa itu, beliau tidak memiliki AP. Namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. 

Lama kelamaan, beliau berjaya memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan kereta terpakainya semakin menjadi sambutan.

Kemudian, kerajaan mengambil keputusan untuk memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azaman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar dan barulah permit itu akan dianugerahkan kepadanya. 

Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia, antaranya Honda Jazz. Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.

Dalam satu temubual dengan The Star tidak lama dulu, beliau berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak dihabiskan di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana sini. Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta untuk kegunaan hariannya. 

Apabila helikopter itu tidak digunakan, beliau menyewakannya kepada mereka yang berminat dan pada ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini amat tinggi di Malaysia. 

Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar. Dan hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) memiliki lebih 40 buah helikopter, 4 buah jet persendirian dan memiliki kontrak bernilai RM8 bilion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia pada ketika ini. Itu belum lagi dicampur dengan perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan banyak lagi. 



Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya sekadar menjawab, "Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka,". Comel tak jawapan beliau? - Syed A. Kadir | PIXEL MEDIA

http://pixelperfext.blogspot.com/2016/04/tak-boleh-dedah-jumlah-harta-mak-saya.html
'Tak Boleh Dedah Jumlah Harta, Mak Saya Tak Suka' kata bilionair melayu ini 'Tak Boleh Dedah Jumlah Harta, Mak Saya Tak Suka' kata bilionair melayu ini Reviewed by Tular Lagi on 1:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya...

    ReplyDelete
  2. Dia ni raja Ap...25K Ap x Rm40,0000.00 setahun...zaman godmother rafidah.
    Pembetulan...beliau bukan mejar bersara tapi kapten bersara

    ReplyDelete

Powered by Blogger.