Like us for get Notifications

(3 GAMBAR )ALLAH BAYAR CASH Cedera Parah Dilanggar selepas Samun,Tikam Warga Emas




Batu Pahat: Wanita warga emas berusia 62 tahun yang juga pemilik kedai gunting rambut maut ditikam selepas disamun di premisnya di Medan Niaga Parit Sulong, di sini, petang tadi

Dalam kejadian kira-kira jam 3.06 petang itu, suspek bagaimanapun cedera parah di bahagian dada selepas dilanggar sebuah kereta ketika cuba melarikan diri

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata suspek berusia 31 tahun dipercayai berpura-pura memasuki premis berkenaan untuk memotong rambutnya sebelum bertindak menyamun wanita berkenaan

Menurutnya suspek kemudian bertindak menikam bahagian belakang badan mangsa sebanyak dua kali dipercayai menggunakan pisau

"Suspek yang melarikan diri menaiki motosikal sejurus selepas kejadian kemudian dilanggar kereta kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian dan mengalami kecederaan parah

"Suspek dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan, namun dikawal ketat polis," katanya

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
(3 GAMBAR )ALLAH BAYAR CASH Cedera Parah Dilanggar selepas Samun,Tikam Warga Emas (3 GAMBAR )ALLAH BAYAR CASH Cedera Parah Dilanggar selepas Samun,Tikam Warga Emas Reviewed by Tular Lagi on 8:39 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.