Like us for get Notifications

Bayi Istimewa Nurhidayah Fatihah Mula Menyesuaikan diri dengan Wajah Barunya :)







Padang Besar: Selepas 10 hari menjalani pembedahan sumbing muka, bayi istimewa, Nurhidayah Fatihah Mohamad Sejawi yang berusia enam bulan kini mula menyesuaikan diri dengan wajah barunya.
Nurhidayah Fatihah yang menjalani pembedahan selama lapan jam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 16 Mei lalu semakin aktif di samping ibunya, Nurbustaniah Hussein, 21, dan ahli keluarga.
Harian Metro yang menziarah Nurhidayah Fatihah di Kampung Paya Burma di Kok Klang, di sini, mendapati bayi berkenaan semakin sihat selain aktif.
Nurbustaniah berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu menyesuaikan diri dengan bernafas menggunakan hidung pada kedudukan baru.
“Sebelum ini, Nurhidayah Fatihah bernafas menggunakan mulut dan selepas pembedahan, anak saya masih bernafas menggunakan mulut disebabkan tidak biasa menggunakan hidung yang kini berada pada kedudukan normal.
“Ada kalanya saya boleh mendengar Nurhidayah Fatihah cuba bernafas menggunakan hidung, namun dia lebih gemar melakukannya menggunakan mulut,” katanya.

Menurutnya, walaupun postur hidung Nurhidayah Fatihah kembali kepada kedudukan asal, penglihatan mata kanan bayi itu terjejas kerana bola matanya tidak normal.
“Doktor memaklumkan keadaan itu disebabkan tekanan kedudukan hidung yang baru menyebabkan mata kanan Nurhidayah Fatihah mengecil.
“Nurhidayah Fatihah tidak buta, tetapi penglihatannya mata kanannya semakin kabur dan doktor memberitahu rawatan sesuai boleh dilakukan apabila dia dewasa,” katanya -HM




Bayi Istimewa Nurhidayah Fatihah Mula Menyesuaikan diri dengan Wajah Barunya :) Bayi Istimewa Nurhidayah Fatihah Mula Menyesuaikan diri dengan Wajah Barunya :) Reviewed by Tular Lagi on 7:15 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.