Like us for get Notifications

Ibu Ayah Tinggal Dalam Tandas Selama 10 tahun Supaya Anak Dapat Belajar Di Universiti


XIUMEI dan suami tinggal di dalam tandas universiti sejak 10 tahun lalu.

Wuhan (China): Seorang wanita dan suaminya sanggup tinggal di dalam tandas selama 10 tahun bagi memastikan dua anak mereka dapat belajar di universiti terkemuka.

Wang Xiumei yang berasal dari Daerah Xinzhou, Wuhan itu pernah melakukan lima kerja sampingan sehingga anaknya terpaksa memujuknya mengurangkannya kepada dua sahaja.

Walaupun terpaksa bersusah-payah, dia kini mampu tersenyum apabila kedua-dua anak lelakinya berjaya memasuki universiti berprestij.

Menurut Xiumei, ketika itu dia dan suaminya tinggal di dalam tandas seluas 9.3 meter persegi di sebuah universiti dengan pendapatan bulanan 520 yuan (RM312).

Dia terpaksa bekerja sendirian kerana kesihatan suaminya tidak baik ekoran menghidap asma dan bronkitis kronik. Mereka hidup sederhana kerana perlu menyara kos perubatan suami dan yuran anak sulungnya sebanyak 200 yuan (RM120) satu semester.




Ibu Ayah Tinggal Dalam Tandas Selama 10 tahun Supaya Anak Dapat Belajar Di Universiti  Ibu Ayah Tinggal Dalam Tandas Selama 10 tahun Supaya Anak Dapat Belajar Di Universiti Reviewed by Tular Lagi on 8:14 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.