Like us for get Notifications

'Kalau Aku Babi, Kaulah Mak Babi!' | kesiannya sedih rasa.Moga ALLAH kuatkan sis ni.. Allah sentiasa bersamamu


Saya anak sulung dari ramai beradik, kematian abah tercinta 4 tahun yang lalu. Saya cuma nak cerita kisah saya yang sangat dibenci oleh emak saya sendiri.

Dari umur 3, 4 tahun adalah normal saya dimaki "babi, sial, anak tak guna, anak menyusahkan" dan sepak terajang itu juga adalah biasa. Pernah sekali mak saya baling kuali atas kepala saya sampai berdarah-darah. Bila abah balik, mak kata saya nakal sangat sampai terjatuh. 

Saya membesar dengan hak saya sebagai anak tidak diberi. Harijadi saya, mak tak pernah ambil peduli tetapi akan sambut harijadi sepupu saya dengan kek besar dan bermacam-macam hidangan. 

Hari raya? Bertahun-tahun kami memakai pakaian yang terpakai dari saudara mara. Tetapi mak saya pakai pakaian baru berpuluh-puluh helai. 

Abah saya adalah abah yang terbaik dunia akhirat. Tetapi dia terlalu sibuk bekerja sebab anak ramai dan mak saya akan belasah saya bila abah bekerja. 

Dari kecil saya disuruh mengayuh basikal jual aiskrim tanpa sebarang upah. Pernah sekali saya makan sebatang aiskrim yang sudah cair. Sampai di rumah, mak tampar saya sampai pecah bibir.

Ada sekali ketika saya berusia 5 tahun mengadu pada abah, mak cilikan kemaluan saya dengan cili padi. Sejak dari itu, saya pendamkan saja rasa di hati ini sehinggalah ke tua.

Saya membesar dengan memberontak dan becikan pada mak saya sendiri. Bila saya sudah remaja, mak membabikan saya pula sehinggalah saya terpaksa menjawabnya. 

"Kalau aku babi, kaulah mak babi!"

Tidak lama selepas itu, saya berkahwin dan dikurniakan anak. Sejak dari itu saya berusaha untuk berbaik-baik dengan mak. Saya kerap balik tengok abah, namun..

"Kau tak payah selalu balik tengok bapak kau. Nanti laki kau ada betina lain padan muka kau!" katanya.

Ya, akhirnya bekas suami saya bukan setakat menduakan saya, malah mensepuluhkan saya. Saya bercerai tanpa sebutir air mata pun. 

Kemudian, saat yang paling merubah hidup saya apabila abah pergi buat selama-lamanya. Hilanglah tempat saya mengadu, bergantung kasih. Masa abah tengah nazak, abah memanggil-manggil mak. Tetapi mak selalu lafaz,

"Menyusahkan akulah orang tua ini. Mampos pun bagus!"

Saya mengalami kemurungan yang sangat teruk dan Allah temukan saya dengan seorang lelaki yang saya tak cinta. Kami bernikah dan saya tak sangka kami sangat bahagia walaupun suami saya tidak berharta. 

Mak saya? Memburukkan suami saya sana sin isampai saya terpaksa mengambil keputusan untuk berpindah jauh. 

"Mak tahu tak, menantu yang mak burukkan inilah yang sentiasa mendoakan mak dalam solat-solatnya. Yang sentiasa teringat, "Mak awak makan apa hari ini? Abang rindu mak","

Sekarang, saya mengandung, saya sangat rindukan abah. Saya kerap balik rumah mak dan tidur di atas tempat kegemaran abah dan berharap dapat mimpikan abah. Tetapi mak cakap saya nak kikis duit dia atau mahukan sesuatu dari dia. Sejak dari itu saya tidak lagi balik ke rumah mak atas niat tidak mahu mak semakin membenci saya. 

Pengajaran dari kisah saya. Saya menjadi ibu yang terbaik untuk anak saya. Saya berhati-hati dnegan kata-kata dan doa terhadap anak saya. Saya pastikan anak saya membesar dengan kasih sayang yang melimpah ruah. 

Saya akan pastikan hak-hak anak saya sebagai anak ditunaikan walaupun saya membesar dengan tiada satu pun kenangan dipeluk dan dicium mak, saya sangat sayang mak saya. Saya bersyukur dapat mertua yang sangat sayang saya. 

Allah adil, Allah uji saya bermacam-macam tetapi Allah hadirkan suami dan mertua yang sangat baik dan Allah permudahkan urusan bersalin saya. 

Hargailah anak-anak korang, jangan jadi macam mak saya walaupun anak ramai (ada yang disayangi) tetapi yang dibenci yang kerap balik tengok dia walaupun kami tak dilayan. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah. - KRT | PIXEL MEDIA
'Kalau Aku Babi, Kaulah Mak Babi!' | kesiannya sedih rasa.Moga ALLAH kuatkan sis ni.. Allah sentiasa bersamamu 'Kalau Aku Babi, Kaulah Mak Babi!' | kesiannya sedih rasa.Moga ALLAH kuatkan sis ni.. Allah sentiasa bersamamu Reviewed by Tular Lagi on 10:43 AM Rating: 5

4 comments:

  1. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan kamu semua

    ReplyDelete
  2. Saya amat tersentuh dengan cerita anda yang telah menempuh jalan kehidupan yang berliku-liku. Namun percayalah bahawa sesungguhnya akan terdetik perasaan seoarang ibu dengan apa yang telah beliau lakukan terhadap anda. Sekeras-keras hati ibu mana pun pasti ada lembutnya walau seketika samada kita sedari atau tidak. Apa yang pasti anda sewajarnya harus bersyukur kerana anda adalah insan yang terpilih antara jutaan umat dimuka bumi ini buat allah swt menguji anda setakat yang termampu dek anda. Sudah tentu amat besar hidayahnya buat anda kerana begitu tabah dan sabar dengan dugaan yang anda tempuhi. Saya ingin berpesan agar anda tidak menyimpan sebarang rasa dendam walau sedetik pun, sebaliknya berdoalah kepada allah swt agar kehidupan anda menjadi lebik baik selain mendoakan kesejateraan terhadap ibu anda. Percayalah bahawa setiap yang allah takdirkan buat kita pasti ada hikmahnya, hanya terserah pada kita bagaimana memanjat rasa syukur yang teramat sangat. Apa yang pasti mengadulah kepada allah taala !

    ReplyDelete
  3. saya sangat sedih mendengar kisah anda. anda sangat tabah dan sangat cekal mengharungi nasib malang ini. Allah saja yang dapat menolong anda dengan RahmatNya...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.