MENUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP
MENUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP
Di pintu masuk kawasan market pada suatu pagi,saya disapa oleh seorang tua untuk membeli udang galah yg dijualnya,ada hampir 10 ekor.Saya hanya senyum kepadanya sambil memberi isyarat tidak mahu,tetapi seorang pemuda dibelakang saya bertanya berapa harga semuanya.RM50.00 kata orang tua itu,lalu dibayar oleh pemuda tersebut.Udang itu dimasuk dalam plastik,ada yg besar dan sederhana.Bila uncang plastik itu diserah kepada pemuda itu,tetiba dia bertanya,"Pak Cik,ada tidak udang galah ini yang Pak Cik bawa balik untuk makan dirumah?"Orang tua itu tercengang mendengar soalan itu.
Dalam senyum dia berkata,"Encik,Allah beri rezeki udang ini untuk kami lihat sahaja kerana ada yang lain yang lebih perlu.Beras,gula,tepung untuk makan anak anak adalah lebih utama dari makan udang ini.Jualan hari ini cukup untuk kami makan 4 atau 5 hari,berbanding jika kami makan udang ini hanya untuk sekali makan."Saya tunduk mendengar jawapanya,dalam hati meraung menyebut kebesaran Allah.Air muka pemuda itu cepat berubah menjadi redup mendengar jawapan itu,lalu dia menghulur kembali bungkusan udang itu kepada orang tua itu dan berkata,"Pak Cik,hari ini pak cik dan anak anak anak dapat makan gulai udang galah yg ditangkap oleh pak cik sendiri.Ambillah,saya sedekahkan semua."Pemuda itu cepat berlalu,sedangkan orang tua itu sepert kebingungan seketika.Ketika meninggalkan tempat itu dg udangnya,saya melihat tangannya menyapu mata.Bertuahlah pemuda itu memiliki hati yang dapat menjangka sesuatu yg disebalik pandangan.
Ada orang,rezekinya hanya untuk tatapan kerana perlu ditukar bagi mendapatkan sesuatu yg lebih perlu untuk hidup.Contoh nya nelayan yg menangkap hasil tangkapan yg mahal harganya,akan semuanya dijual untuk mendapatkan wang bagi membeli keperluan hidup,sedangkan mereka makan ikan yg kecil,yg murah.Maka kita yg berada patut juga belajar dari keadaan ini,ada rezeki yg kita perolehi mungkin tidak sesuai dengan taraf hidup kita.Contoh walau kita ada pendapatan tetap,sebaiknya tidaklah berhutang besar untuk kemewahan yg melebihi kemampuan seperti membeli kereta mahal,menghias rumah lebih dari keperluan,berpakaian dan accessori berjenama yg tidak sepadan.Maksud saya kisah ini seolah Allah mahu menunjukkan supaya manusia hidup mengikut kemampuan dan tarafnya,ukur baju dibadan sendiri.Pak Cik itu tak perlu makan udang galah kerana ia lebih perlu beras,tepung,gula dsbnya utk hidup.
Jika kita makan yg hebat,ingatlah ada orang menelan air liur,ada orang yg berpenat lelah kerananya, ada orang yg teringin tetapi tidak berupaya.Sesekali kongsikan kenikmatan hidup kita dengan mereka yg miskin dg bersedekah,berbuat jamuan,memberi apa yg selalu kita makan,apa yg sedap pada lidah kita supaya orang lain juga merasa.Janganlah kita hanya memikir diri kita sahaja, seperti pemuda ini yg terfikirkan keluarga penjual udang ini.Kita setiap hari makan hebat hingga betbulu perut,tetapi tak pernah sedetikkah terfikir insan lain yg memamah sayur kangkung, ikan temenung dan sambal belacan setiap hari.Firman Allah,"Kamu sesekali tidak sampai kepada kebajikan yang sempurna,sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.Dan siapa saja yang kamu nafkahkan,maka sesungguhnya Allah mengetahui."Ali Imran 92.Fikirkanlah
- Abd Ghani Haron
MENUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP
Reviewed by Tular Lagi
on
9:35 AM
Rating:
No comments: