Like us for get Notifications

Sikap Pemuda Bertukar Menjadi Manja Dan bahasakan Diri Panggilan 'adik' Jadi Petanda Dia Akan Pergi Selamanya





ALOR SETAR - Sikap seorang pemuda yang bertukar menjadi manja termasuk membahasakan diri dengan panggilan 'adik' menjadi petanda dia akan pergi selama-lamanya apabila maut dalam kemalangan di Batu 6, Jalan Alor Setar-Sungai Petani di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu berlaku apabila motosikal jenis Yamaha LC 135 ditunggang mangsa, Nur Idzuan Md. Fadzil, 20, dari arah Alor Setar menghala Simpang Empat berlanggar dengan sebuah lori treler yang sedang mengundur.
Akibat perlanggaran itu, mangsa terperosok di bawah tayar kenderaan berat tersebut sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Abang mangsa, Nur Idzham, 25, berkata, dia mendapat tahu tentang kemalangan itu kira-kira pukul 11.30 malam daripada bapanya, namun pada masa itu mereka tidak dimaklumkan bahawa adiknya telah meninggal dunia.
"Apabila nampak keadaan adik dan MyKad miliknya di Facebook, saya sudah boleh agak bahawa adik telah tiada," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi
Jidin berkata, pemandu treler tersebut didapati cuai apabila bertindak mengundur dari sebuah bengkel lori di kiri jalan tanpa memberi perhatian
kepada motosikal ditunggang mangsa.
"Pemandu lori treler berusia 41 tahun dari Derga, Alor Setar ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambahnya. - K! ONLINE

 

Sikap Pemuda Bertukar Menjadi Manja Dan bahasakan Diri Panggilan 'adik' Jadi Petanda Dia Akan Pergi Selamanya Sikap Pemuda Bertukar Menjadi Manja  Dan bahasakan Diri Panggilan 'adik' Jadi Petanda Dia Akan Pergi Selamanya Reviewed by Tular Lagi on 8:08 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.