VIRAL : Misteri Wanita Bertudung Jual "Nasi Babi" Terungkai.


Penyebaran gambar seorang wanita bertudung yang menjual "Nasi Babi Buncit" menjadi viral dengan tidak semena-mena. Perkongsian gambar itu telah membawa pelbagai respon dalam kalangan penduduk tempatan di Jakarta Barat.
Gambar yang diviralkan secara meluas oleh seorang pengguna Facebook Hanny Kristianto itu juga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang turut mengklasifikasikan ia sebagai gambar palsu.

Namun, menurut Hanny Kristianto wanita itu sememangnya berniaga pasar raya Lippo Puri di Jakarta Barat dan merupakan seorang Islam.

“Dia bekerja di kedai makan milik peniaga bernama Oey Cecilia dan Tommy. Dia hanya bekerja di sana kerana terdesak selepas sukar mendapat kerja di tempat lain dan terpaksa menjaga keluarganya,” katanya yang meminta orang ramai supaya tidak mencemuh tindakan wanita itu.

Gerai tersebut dibuka pada setiap hari dan sering dikunjungi oleh jemaah dua gereja di Mal Lippo Puri yang berlokasi berdekatan pasar raya gerai itu ditempatkan.

“Sudah jelas tertulis makanan di gerai itu mengandungi babi dan bukan untuk pelanggan Muslim,” tambahnya lagi, lapor akhbar tempatan Indonesia.

beliabangkit
VIRAL : Misteri Wanita Bertudung Jual "Nasi Babi" Terungkai. VIRAL : Misteri Wanita Bertudung Jual "Nasi Babi" Terungkai. Reviewed by Mad Pikghie on 2:03 PM Rating: 5
Comments
0 Comments

No comments:

Powered by Blogger.