Like us for get Notifications

"Adik tak mau pi dah, adik takut,"



Bagan Serai: "Adik tak mau pi dah, adik takut," kata adik Mohd Rohaizad Abd Rahman, 3, kanak-kanak lelaki yang kemaluannya tersepit eskalator di sebuah pusat beli belah di sini, Isnin lalu.
Kanak-kanak itu sudah dibenarkan keluar dari Hospital Taiping, dekat sini semalam, namun kini trauma dan terpaksa dikhatankan akibat kecederaan yang dialaminya.
Menurut bapa tirinya Mohd Rohizan Mohd Radzi, 22, berkata, Mohd Rohaizad kini tidak lagi mahu ke pasar raya berkenaan dan akan menjerit bila diajak untuk ke premis itu lagi.
"Sepanjang terlantar di rumah jika ada yang mengusik denga mengajak dia ke pasar raya, dia akan menjerit tidak mahu lagi pergi, malah dia juga ada cakap sudah tidak mahu duduk di atas eskalator.
"Sejak keluar semalam, ramai yang datang melawatnya, namun dia langsung tidak membenarkan orang lain melihat jahitan pada alat sulitnya.
"Dia cakap dia takut dan malu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd Rohizan, anaknya itu kini sudah mampu tersenyum, terapi terpaksa berehat untuk beberapa minggu lagi sebelum boleh berjalan semula luka yang dialami malah alat sulitnya telah dikhatankan.
"Melihat dia mampu tersenyum dan sudah boleh bergurau, hilang resah kami sekeluarga.
"Namun begitu peristiwa ini tidak akan saya lupakan kerana ia berlaku depan mata saya sendiri," katanya.
"Adik tak mau pi dah, adik takut," "Adik tak mau pi dah, adik takut," Reviewed by Tular Lagi on 7:19 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.