Astagfirullah | Berang ditegur Perbuatan Memukul isterinya, Ibu dan Ayah ini Dipukul Teruk Oleh Anaknya
ALOR SETAR: Berang kerana perbuatannya memukul isteri ditegur, seorang penganggur bertindak kurang ajar membelasah ibu dan bapanya menggunakan kayu sehingga cedera teruk.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata suspek yang berusia 33 tahun memukul kedua-dua mangsa kerana cuba menghalangnya daripada memukul isterinya akibat masalah rumah tangga di Kampung Teluk Jamat, Pokok Sena di sini, jam 9 malam kelmarin.
Katanya, suspek yang tinggal bersama orang tuanya itu memukul isteri sebelum ibunya yang berusia 60 tahun cuba menghalangnya.
"Tidak puas dengan tindakan itu, suspek mengambil kayu panjang lalu memukul ibunya bertubi-tubi sehingga menyebabkan kecederaan teruk di muka dan badan sebelum bapanya memarahinya dan cuba melawan.
"Berang dengan tindakan itu, suspek yang mempunyai anak berusia hampir setahun, kemudian turut memukul bapanya sehingga kedua-dua mangsa terjatuh dan tidak mampu melawan sebelum melarikan diri," katanya yang ditemui di sini semalam.
Mohd Rozi berkata, kedua-dua ibu bapa suspek yang mengalami kecederaan teruk di muka, tangan dan kaki akibat dipukul bertubi-tubi kemudian dibantu isteri suspek.
Katanya, pihaknya yang mendapat laporan yang dibuat ibu suspek kemudian melakukan operasi memburu bagi mengesan suspek.
Suspek ditahan di sekitar kampung terbabit jam 12.15 tengah hari tadi semalam dan pemeriksaan menemui kayu yang digunakannya memukul mangsa.
"Siasatan lanjut juga mendapati suspek positif syabu dan kini ditahan sebelum perintah reman diperoleh," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/159616
__________________
Astagfirullah | Berang ditegur Perbuatan Memukul isterinya, Ibu dan Ayah ini Dipukul Teruk Oleh Anaknya
Reviewed by Tular Lagi
on
11:43 AM
Rating:
No comments: