Ibu,Anak 10 Tahun Meninggal Preve Bertembung Kancil - Al-Fatihah
Johor Bahru: Sebuah Proton Preve yang memasuki laluan bertentangan ketika mahu mengelak sesuatu di atas jalan raya dipercaya punca kemalangan di Kilometer 69.6 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, berhampiran Api-Api, Pontian, menyebabkan ibu dan anak maut manakala empat lagi anak mangsa cedera, tengah hari tadi.
Dalam kemalangan 12.20 tengah hari itu, Azalela Mohamad, 38, maut ketika dirawat di Hospital Pontian manakala anaknya, Muhammad Afif Rahmad, 10, yang berada di tempat duduk depan Perodua Kancil, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Empat lagi mangsa, Muhammad Irfan, 8, Muhammad Adham, 7, dan Muhammad Zahir, 4, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini, untuk rawatan lanjut, manakala Nur Najah Muaminah, 12 bulan, dirawat di Hospital Pontian.
Turut cedera, pemandu Proton Preve, Mohamad Reduan Roslan, 22.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, kemalangan dua kenderaan itu dipercayai berlaku apabila berkata, pemandu Proton Preve, berjaya memasuki semula laluan asal namun Perodua Kancil dipandu Azalela memasuki laluan bertentangan ketika mengelak Proton Preve berkenaan.
“Akibatnya kedua-dua kereta bertembung,” katanya.
© H.metro
Ibu,Anak 10 Tahun Meninggal Preve Bertembung Kancil - Al-Fatihah
Reviewed by Tular Lagi
on
8:11 PM
Rating:
No comments: